FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Meraih Pingat Sukan SEA Jadi Sasaran


 


 April 19th, 2023  |  06:38 AM  |   383 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kontinjen badminton kebangsaan Negara Brunei Darussalam menyasarkan untuk membawa pingat pada Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-32, Kemboja 2023 yang dijadualkan berlangsung secara rasminya bermula 5 hingga 17 Mei 2023.

 

Semasa tinjauan Pelita Brunei ke Kompleks Sukan Menglait, di sini, kontinjen negara yang diwakili oleh seramai enam atlet kebangsaan, giat menjalani latihan menjelang Sukan SEA ke-32 nanti.

 

Salah seorang Atlet Badminton, Awangku Azri Safwan bin Pengiran Haji Jofri, 27 tahun, ketika ditemui berkata, Sukan SEA ke-32 ini merupakan penyertaan beliau buat kali pertama.

 

Menyentuh mengenai latihan yang dijalankan, Awangku Azri Safwan menjelaskan, latihan secara intensif telah dibuat sejak awal tahun ini dan rutin latihan diadakan setiap hari bermula 3.00 petang hingga 6.00 petang, dan semasa bulan Ramadan ini latihan diadakan pada sebelah petang dan malam.

 

Menurutnya lagi, para atlet badminton akan mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan pingat semasa sukan temasya tersebut.

 

Beliau yang akan menyertai Kategori Beregu Lelaki seterusnya menyarankan agar para atlet khususnya yang akan mewakili Negara Brunei Darussalam, untuk mendapat rehat yang secukupnya, menjaga pemakanan dan waktu tidur.

 

Bagi Dayang Nuraqilah binti Haji Shahroney, 29 tahun, yang juga buat pertama kali menyertai Sukan SEA, berkata, akan memberikan saingan yang terbaik semasa di Kemboja nanti, dan berharap untuk memenangi pingat untuk negara.

 

Dayang Nuraqilah sebelum ini pernah menyertai pertandingan ASEAN School dan di UITM, Malaysia, akan menyertai dua kategori, iaitu Kategori Perseorangan Wanita dan Beregu Wanita.

 

Dari segi latihan pula jelasnya, para atlet badminton telah menjalani beberapa latihan sejak Februari 2023 dan latihan setakat ini lebih kepada 'strength' dan 'conditioning'.

 

Sementara itu, Atlet Para Badminton, Awangku Mohd Amir Faiq bin Pengiran Zali, 22 tahun mengongsikan, latihan telah diadakan sejak setahun yang lalu dan baru-baru ini menjalani latihan bersama atlet-atlet kebangsaan yang akan menyertai Sukan SEA 2023.

 

“InsyaaAllah untuk sukan para nanti saya yakin boleh bertanding bersama atlet-atlet dari negara-negara ASEAN yang lain," ujarnya lagi.

 

Awangku Mohd Amir Faiq turut menyasarkan untuk mendapatkan pingat untuk Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06