FacebookInstagramTwitterContact

 

Temporary Road Closure           >>           Bridge Parapet Cleaning Works           >>           Runaway Employee           >>           Missing Person           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony, Bandar Seri Begawan Arabic Preparatory School           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Education Specialists Seminar           >>           Distribution of Sacrificial Meats           >>           Distribution of Sacrificial Meats           >>           Distribution of Sacrificial Meats, Ministry of Development           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hayati Keindahan, Kesucian Hari Raya


 


 April 22nd, 2023  |  11:05 AM  |   350 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kita merayakan Hari Raya tidak sama dengan orang lain merayakan Hari Raya. Kita merayakan Hari Raya tetap terikat kepada ugama.

 

Ketika berhari raya, kita tidak boleh meninggalkan atau terlepas dari kewajipan sembahyang, ketika berhari raya kita juga tidak boleh terlalu lalai atau asyik sehingga terjebak kepada dosa.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah demikian dalam Titah Perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1444H / 2023M di Istana Nurul Iman.

 

Baginda bertitah, inilah unik dan sucinya Hari Raya kita. Mula-mula perayaan dibuka ialah dengan takbir, dengan kalimat suci 'ALLAHU AKBAR' dan kemudian dengan tahlil 'LAILAHA ILLALLAH' dan ditutup pula sekali lagi dengan 'ALLAHU AKBAR' dan 'WALILLAHIL HAMD'.

 

“Kemudian kita bergerak ke masjid untuk terus melakukan takbir dan seterusnya Sembahyang Sunat Hari Raya. Lihatlah, betapa suci dan indahnya Hari Raya kita," titah baginda.

 

Selepas itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah, kita akan bergerak menemui ibu bapa untuk memohon kemaafan mereka, menemui sanak saudara, sahabat handai dan kawan-kawan. Semua pertemuan ini berkonsepkan ziarah menziarahi yang sangat digalakkan oleh Islam dan juga satu cara untuk menjalinkan silaturahim.

 

Kebawah DYMM juga menzahirkan rasa kegembiraan dengan keadaan dan suasana dalam negara kita yang cukup mengizinkan untuk rakyat dan penduduk dapat menikmati Hari Raya dengan penuh keriangan dan kebahagiaan. Mudah-mudahan keadaan seperti ini akan terus berkekalan hendaknya.

 

Terdahulu, baginda bertitah mengajak semua merafakkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, kerana dikurniakan nikmat menyambut Hari Raya.

 

“Sesungguhnya Hari Raya adalah detik yang ditunggu-tunggu setelah kita berjaya melaksanakan kewajipan berpuasa," titah baginda.

 

Menurut titah baginda, inilah kejayaan paling agung, yang kejayaan melawan hawa nafsu dan perjuangan ini tidak boleh putus atau terhenti setakat cuma sebulan Ramadan sahaja, tetapi perjuangan melawan hawa nafsu dikehendaki mesti berterusan untuk selama-lama.

 

Di sinilah 'ujian' sebenar bagi kita umat Islam dan demikian juga ketika kita merayakan Hari Raya, perjuangan melawan hawa nafsu mesti diteruskan, seperti melawan hawa nafsu yang menyuruh kita membazir dan melawan hawa nafsu yang menyuruh kita lari daripada ugama ketika merayakan Hari Raya.

 

“Untuk akhirnya, beta dan keluarga beta dengan hati yang jernih putih serta sukacita mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua lapisan rakyat dan penduduk di mana sahaja mereka berada, semoga kita sama-sama di dalam aman sejahtera, Amin Yaa Rabbal Alamin," baginda mengakhiri titah perutusan tersebut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China Changed Village Names 'To Erase Uyghur Culture'

 2024-06-21 01:00:14

Adnams Chairman To Stand Down

 2024-06-21 01:56:34