Home > In The Court
Dihukum Penjara, Sebatan Tanpa Miliki Pas Imigresen Sah
April 27th, 2023 | 09:49 AM |
878 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki warganegara Indonesia dijatuhkan hukuman tiga bulan penjara dan tiga kali sebatan setelah mengaku bersalah di bawah Akta Imigresen.
Hukuman berkuatkuasa bermula hari ini yang dijatuhkan oleh Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid melalui secara maya dengan menggunakan aplikasi Zoom hari ini.
Tertuduh, Agus Setiawan, 29 tahun, didakwa dengan kesalahan di bawah Bab 6(1)(c) Akta Imigresen, Penggal 17, iaitu memasuki dan tinggal di Negara Brunei Darussalam tanpa memiliki pasport atau pas imigresen yang sah.
Tangkapan dibuat pada 22 April 2022, kira-kira jam 8.19 pagi dalam Ops Sakat JIPK 50/2023, peralihan kes dari Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh, Kuala Belait.
Pendakwaan dijalankan oleh pihak Pendakwa Raya di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Md. Zul Azri bin Haji Ranee.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]