Home > School
47 Pelajar JIS Cemerlang Dalam British Science Competitions
May 5th, 2023 | 08:08 AM |
723 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai 47 orang pelajar Tahun 11 hingga Tahun 13 Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) mencapai keputusan yang cemerlang dalam dua pertandingan British Science competitions - the British Physics Olympiad and UK Chemistry Olympiad.
Pertandingan berkenaan diadakan pada setiap tahun dan menarik lebih 14,000 orang peserta daripada sekolah di seluruh dunia yang bertujuan untuk mempamerkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang fizik dan kimia.
British Physics Olympiad menyaksikan pelajar Tahun 11 menyertai dua pertandingan sebagai sebahagian daripada Cabaran Fizik Pertengahan, dengan tiga orang peserta mencapai Anugerah Emas, iaitu Aiman Zulhilmi; Joey Sha; dan Yajna Karri.
Selain itu, lapan orang pelajar memperolehi perak, lapan Gangsa dan satu kepujian.
Anugerah Emas untuk kertas bertulis meletakkan pelajar dalam 10 peratus (%) teratas daripada 2,500 orang pelajar yang menyertai pertandingan.
Manakala, Pelajar Tahun 12 menduduki kertas Senior Physics Challenge dan mencapai enam perak, 12 gangsa, dan 11 kepujian.
Selain itu, seramai dua pelajar JIS, Yahya Husain Ul Hasan dan Kiefer Lim, pelajar Tahun 13 menunjukkan prestasi cemerlang dalam pertandingan Physics Olympiad (BPhO), peperiksaan yang dijalankan selama tiga jam.
Awang Yahya mencapai Anugerah Perak, manakala Kiefer menerima Emas Teratas dalam Fizik, meletakkannya dalam 6.6 % teratas pelajar yang menduduki kertas berkenaan.
Pelajar JIS juga cemerlang dalam UK Chemistry Olympiad, dengan pelajar yang mengambil bahagian menduduki ujian Pusingan Pertama Kimia dan dua orang memperolehi Anugerah Emas, iaitu Kiefer Lim; dan Timo Stapel.
Markah cemerlang Kiefer berjaya meletakkannya dalam kalangan 80 calon teratas daripada seramai 11,838 penyertaan.
Selain itu, dua orang pelajar menerima Anugerah Perak, dan enam menerima Anugerah Gangsa.
“Kimia dan fizik adalah mata pelajaran yang sangat popular di JIS.
''Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada pelajar-pelajar ini atas keputusan yang cemerlang. Kesemua mereka (keluarga serta guru) pasti berasa berbangga - sama seperti kita!,'' ujar Pengetua JIS, Nicholas Sheehan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]