Home > Sports
Pasukan OCR Negara Terkandas Di Pusingan Awal
May 5th, 2023 | 08:21 AM | 271 views
PHNOM PENH, KEMBOJA
Pasukan atlet Larian Berhalangan (Obstacle Course Racing-OCR) negara yang bersaing di Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-32, Kemboja, gagal mara ke pusingan seterusnya setelah tewas di pusingan awal pada acara yang diadakan di Chroy Changvar Convention Centre, Car Park, di sini.
Atlet negara yang bersaing dalam acara pasukan lelaki berganti-ganti diwakili oleh Awang Hasnal Husna bin Ahmad, Awang Muhammad Adid bin Abdul Kadir, Awangku Muhd Nur' Nazirul Mubin bin Pengiran Roslan, Awang Azizil Anwar bin Mosli dan Awangku Muhammad Habibullah bin Pengiran Haji Jufri.
Pada acara itu, pasukan atlet negara berada dalam ranking ke enam dengan catatan masa 30.3267. Malaysia pula berada dalam ranking teratas diikuti dengan Filipina, Indonesia, Laos, Kemboja dan Brunei.
Sementara itu, bagi acara 100m Men's Individual yang berlangsung kelmarin, kedua-dua atlet negara iaitu Awang Hasnal Husna bin Ahmad dan Awangku Muhd Nur' Nazirul Mubin bin Pengiran Roslan terpaksa akur setelah berada di tempat ke 9 dan 10 daripada 10 peserta.
Mara ke peringkat akhir, peserta dari Filipina, Kemboja dan Malaysia.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]