Home > Sports
Sukan SEA : Karate Sumbang Dua Pingat Buat Negara
May 8th, 2023 | 08:26 AM | 309 views
CAMBODIA
Atlet karate bagi acara Kumite berjaya meraih dua pingat gangsa untuk Negara Brunei Darussalam pada temasya Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-32, 2023 yang berlangsung di Phnom Penh, Kemboja.
Muhd Harith bin Dahlan berjaya menyumbangkan pingat pertama bagi Negara Brunei Darussalam (NBD) bagi acara Kumite lelaki bawah 55 kilogram setelah menewaskan H Vongsidar dari Laos, dengan kiraan 6 - 2 dalam pusingan 'repecaj', pada perlawanan yang diadakan semalam.
Muhd Harith sebelum itu tewas kepada atlet Malaysia, Prem Kumar Selvam, dengan kiraan 7 - 0.
Dalam acara kumite lelaki bawah 55 kilogram berkenaan, pingat emas diraih oleh Prem Kumar Selvam manakala Chanpet Setthapong dari Thailand mendapat pingat perak.
Sementara itu, pingat gangsa kedua negara diraih oleh Md. Izzuddin Irfan bin Md. Faizal bagi acara Kumite lelaki kategori 84 kilogram ke atas, hari ini.
Pingat emas bagi acara berkenaan diraih oleh Teerawat Kang Tong dari Thailand, dan pingat perak dimenangi oleh Sakkada Peng dari Kemboja.
Peserta dari Laos, Vatthana Xayasa juga berjaya meraih pingat gangsa bersama dengan peserta NBD.
Acara berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Chroy Changvar di Phnom Penh, Kemboja.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]