Home > Sports
Hakeme Yazid Muncul Wira Brunei DPMM FC
May 8th, 2023 | 08:28 AM | 278 views
SINGAPORE
Brunei DPMM FC meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Tanjong Pagar United dengan keputusan 2-1 dalam aksi Liga Perdana Singapura (SPL) di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Pada minit ke-34, Andrey Voronkov berjaya memecah kebuntuan dengan menjaringkan gol pertama bagi Brunei DPMM FC melalui sepakan penalti.
Tanjong Pagar United tanpa lelah terus cuba untuk menyerang pasukan lawan tetapi percaturan baik berpihak kepada Brunei DPMM FC.
Walau bagaimanapun, pada minit ke-67 Tanjong Pagar United berjaya menyamakan kedudukan melalui hasil jaringan Marin Mudrazija.
Tanjong Pagar United enggan berundur dan semakin semangat berusaha untuk mencetak gol kedua meskipun pasukannya bergelut.
Namun, percubaan seterusnya gagal setelah dapat ditangani dengan baik oleh penjaga gol Brunei DPMM FC.
Brunei DPMM FC terus menyerang dan pada minit ke-84, gol kedua mereka telah disumbat oleh Hakeme Yazid sekali gus menjadikan kedudukan 2-1 hingga ke wisel penamat dibunyikan.
Perlawanan malam ini menjadikan DPMM FC kini berada di tangga keenam dengan 10 mata dan perlawanan seterusnya akan diadakan pada 13 Mei depan, bertemu Lion City Sailors FC.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]