Home > Sports
Honey Carsmart Juara CHSK_Badminton Cup Brunei Darussalam 2023
May 8th, 2023 | 09:14 AM | 241 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan Honey Carsmart merangkul gelaran juara setelah berjaya menewaskan Kiudang Nike dengan kiraan 4 - 1 pada Kejohanan Badminton Piala CHSK_Badminton Cup Brunei Darussalam 2023 kali ke-6.
Manakala tempat ketiga disandang oleh Smart Shield International (B) Sdn. Bhd. (SSI).
Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan pingat-pingat kepada para pemenang pada perlawanan yang berlangsung di Sekolah Chung Hwa Kiudang di sini, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Chong Chin Yee.
Pada perlawanan akhir bagi Kategori Beregu Campuran Bawah 18 Tahun, Honey Carsmart menang 'straight set' dengan kiraan 21 - 10 dan 21 - 10 menentang Kiudang Nike.
Sementara itu dalam kategori yang sama, SSI tewas di tangan AIA BR-Kelvin Pong dengan kiraan 6 - 21 dan 16 - 21.
Manakala, bagi Kategori Beregu Lelaki Bawah 18 Tahun, Honey Carsmart menang 'straight set' dengan kiraan 21 - 4 dan 21 - 8 menentang Kiudang Nike.
Dalam kategori yang sama, SSI menang 'rubber set' dengan kiraan 20 - 21, 21 - 13 dan 21 - 14 menentang AIA BR-Kelvin Pong.
Antara kategori yang turut dipertandingkan pada perlawanan akhir berkenaan ialah Beregu Lelaki Veteran, Beregu Lelaki Terbuka, Perseorangan Lelaki Terbuka, Beregu Wanita Terbuka dan Beregu Campuran Terbuka.
Kejohanan yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39 Tahun berkenaan merupakan kejohanan kali keenam anjuran CHSK_Badminton.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]