FacebookInstagramTwitterContact

 

Irobot's Roomba J7+ Combo Vacuum Is $300 Off Right Now           >>           How to watch the Summer Games Done Quick 2023 speedrun marathon           >>           Japan's Ispace Says Hakuto-R Crashed Because It Got Confused By A Crater Rim           >>           Majlis Doa Selamat Bagi Bakal Jemaah Haji           >>           Transformasi Digital Dalam Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan           >>           'I Banned My Sister-In-Law From My House Over Tomato Sauce Drama'           >>           KHEDN Adakan Doa Selamat Untuk Bakal Haji           >>           Kaia Gerber and Austin Butler Double Date With Her Parents Cindy Crawford and Rande Gerber           >>           Kontinjen NBD Akan Menyertai Sukan Para ASEAN Ke-12           >>           Tunjukkan Semangat Juang, Bersaing Dengan Sihat           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


Let’s Raya 2023
April 13th, 2023 | 10:09 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:33 AM

Subuh

: 04:43 AM

Syuruk

: 06:06 AM

Doha

: 06:30 AM

Zohor

: 12:18 PM

Asar

: 03:42 PM

Maghrib

: 06:29 PM

Isyak

: 07:43 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


FABD Adakan Kongres Biasa FABD Ke-8


 


 May 23rd, 2023  |  07:56 AM  |   259 views

GADONG

 

Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) dua hari lalu mengadakan Kongres Biasa FABD Kali Ke-8 bagi tahun 2023 yang berlangsung di The Goldstone Ballroom, Hotel Centrepoint, Gadong, di sini.

 

Presiden FABD, Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan semasa menjelaskan mengenai kongres berkenaan mengongsikan bahawa kongres yang diadakan tersebut secara keseluruhannya telah berjaya.

 

“Khususnya, kehadiran perwakilan AFF, AFC, dan FIFA amat kami hargai.

 

“Dengan sokongan padu daripada para perwakilan mengenai program FABD yang baharu dalam masa terdekat ini, saya dapat melihat masa depan yang cerah untuk bola sepak Negara Brunei Darussalam (NBD) pada masa akan datang.

 

“Kita akan bekerjasama dengan lebih erat lagi untuk melihat bahawa kongres yang akan datang, Kongres Luar Biasa pada 23 November 2023 nanti, di mana Pilihan Raya Presiden FABD akan diadakan," ujarnya.

 

Pengiran Haji Matusin seterusnya berkata, walaupun Jawatankuasa Pilihan Raya dan Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya yang dicadangkan mendapat kelulusan, namun ia masih dapat melihat pelbagai cabaran yang harus ditempuhi.

 

Pada penutup kongres, Pengiran Haji Matusin turut mengongsikan mengenai hubungan antarabangsa FABD, khususnya Memorandum Persefahaman (MoU) bersama The FA of The Sultanate of Oman dan Saudi Arabian Football Federation yang telah dimeterai, juga Memorandum Kerjasama (MoC) bersama Qatar Football Association.

 

Menurutnya, skuad kebangsaan NBD telah pun mengadakan kem latihan di Arab Saudi menerusi MoU berkenaan dan aktiviti lanjut turut akan diadakan pada tahun ini.

 

Sementara itu tambahnya, rundingan kini sedang dalam perancangan untuk program pertukaran dengan Qatar FA.

 

Presiden FABD turut menyentuh mengenai pembinaan Pusat Teknikal dan Mini Grandstand yang telah siap dibangun dan telah pun beroperasi, menelan belanja sebanyak USD2,998,676.74 yang dibiayai oleh FIFA sendiri.

 

“FABD juga telah mengenal pasti dan memaklumkan projek seterusnya, iaitu pembinaan Pusat Futsal, Akademi Belia Negara dan Pusat kecemerlangan bagi setiap daerah di NBD," ujarnya.

 

Juga hadir, Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif, Ahli-ahli Jawatankuasa Tetap dan Ahli-ahli Sekretariat daripada FABD serta para jemputan yang lain.

 

Turut hadir, delegasi AFC, serta perwakilan daripada FIFA dan AFF.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Sugar Will Be Available Nationwide – Minister

 2023-05-28 08:11:09

Shounter Pass Avalanche Kills 11 People From Nomadic Tribe In Pakistan

 2023-05-28 07:34:43

Nvidia: The Chip Maker That Became An AI Superpower

 2023-05-27 08:29:19