FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kontinjen NBD Akan Menyertai Sukan Para ASEAN Ke-12


 


 May 28th, 2023  |  08:51 AM  |   168 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Negara Brunei Darussalam (NBD) akan menghantar kontinjen bagi menyertai Sukan Para ASEAN Ke-12, Kemboja 2023 yang akan diadakan secara rasminya bermula pada 3 hingga 9 Jun 2023.

 

Kontinjen NBD dianggotai oleh seramai 23 orang terdiri daripada 12 atlet dan 11 pegawai termasuk Chef de Mission, Ketua Urus Setia, Pegawai Urus Setia, Pegawai Perhubungan, Fisioterapi, Jurulatih dan Penolong Jurulatih.

 

Sehubungan itu, Majlis Penyerahan Bendera Negara kepada kontinjen NBD Ke Sukan Para ASEAN Ke-12, Kemboja 2023 diadakan petang tadi bertempat di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

 

Hadir menyempurnakan penyerahan bendera negara, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad selaku tetamu kehormat majlis.

 

Atur cara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pembantu Perkembangan Ugama, Pusat Pembangunan Belia, Awang Muhammad Nabil bin Haji Roslan dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Setiausaha Tetap (Kesukanan), KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud selaku Pengerusi Majlis yang antara lain menyatakan, dalam persediaan menghadapi Sukan Para ASEAN Ke-12, Kemboja 2023 berkenaan, para atlet telah pun menjalani latihan secara berterusan bagi memastikan pencapaian dan prestasi atlet dalam tahap yang cemerlang.

 

Dengan adanya persediaan yang rapi ini tambahnya, diharapkan para atlet akan dapat memberikan cabaran kepada atlet daripada kontinjen lain di kejohanan Sukan Para ASEAN Ke-12 itu nanti.

 

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada tetamu kehormat majlis dan diselajurkan dengan penyerahan bendera NBD oleh tetamu kehormat majlis kepada Chef de Mission kontinjen NBD ke Sukan Para ASEAN Ke-12, Kemboja 2023, Awang Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor.

 

Dalam temu bual bersama Awang Haji Ali Yusri, beliau menyatakan antara objektif Sukan Para berkenaan adalah untuk mengumpulkan para atlet Orang Kurang Upaya (OKU) yang mana ia adalah satu perkara yang mencabar.

 

Menurutnya, ada ibu bapa merasakan anak istimewa tidak dapat diserlahkan tetapi dengan adanya penyertaan daripada atlet OKU ini, ia dapat memberi kepercayaan dan kekuatan kepada ibu bapa untuk mereka membuktikan anak-anak istimewa ini boleh melakukan seperti mereka yang berupaya.

 

Stigma daripada ibu bapa itu jelasnya, akan berubah ke arah sesuatu yang positif walaupun dari segi fizikal mereka ada kekurangan tetapi sebaliknya mempunyai keyakinan diri.

 

“Harapan semasa sukan ini nanti, semoga para atlet berjaya memperoleh pingat emas, perak dan gangsa sekurang-kurangnya untuk dibawa pulang.

 

“Selain mengharumkan nama negara, mereka juga dapat menjadi contoh kepada OKU lain dengan membuktikan diri mereka mampu meraih kejayaan," ujarnya.

 

Awang Haji Ali Yusri seterusnya menambah, pada masa akan datang, para atlet ini juga boleh menjadi pelapis sebagai jurulatih para atlet OKU sekali gus melakar masa depan yang lebih cerah.

 

Akhir sekali tambahnya, yang paling penting ialah sokongan daripada ibu bapa dan keluarga adalah sangat-sangat diharapkan kerana ini sedikit sebanyak dapat membantu persepsi masyarakat terhadap golongan OKU.

 

Sebelum majlis berakhir, Doa Selamat dibacakan oleh Awang Muhammad Nabil dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama tetamu kehormat majlis.

 

Edisi Sukan Para ASEAN pada kali ini, NBD akan menyertai sebanyak tiga acara sukan daripada 12 sukan yang dipertandingkan, iaitu olahraga; badminton; dan renang.

 

NBD mula mengikuti Sukan Para ASEAN pada tahun 2001.

 

Hingga ke hari ini, negara berjaya memperoleh 37 pingat emas, 41 pingat perak dan 58 pingat gangsa secara keseluruhannya, dengan pencapaian terbaik negara ialah pada tahun 2009 di Kuala Lumpur, Malaysia dengan meraih sembilan pingat emas, lima pingat perak dan tujuh pingat gangsa.

 

Kali terakhir NBD menyertai Sukan Para ASEAN ialah pada tahun 2022 di Solo, Indonesia dengan memperolehi satu pingat emas, satu pingat perak dan tiga pingat gangsa.

 

Kontinjen negara dijangka bertolak ke Kemboja pada Rabu, 31 Mei ini.

 

Turut hadir, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kemboja ke NBD, Tuan Yang Terutama Lim Hokseng; Setiausaha Tetap (Kebudayaan) KKBS, Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Setiausaha Tetap (Kebeliaan) KKBS, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin; Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) KKBS, Dayang Hajah Norashikin binti Haji Johari; Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Pemilihan dan Penilaian Atlet Kebangsaan; Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan; serta para ibu bapa dan penjaga.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53