Home > In The Court
Dihukum Denda Akibat Miliki 100 Karton Rokok
May 29th, 2023 | 08:08 AM | 869 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki warga tempatan dijatuhkan hukuman denda BND100,000 atau 18 bulan pemenjaraan jika gagal membayar denda di bawah Seksyen 146 (1) (b) Perintah Eksais, 2006.
Tertuduh, Haji Adanan bin Haji Sulaiman mengaku bersalah dan hukuman dijatuhkan di hadapan Majistret Syaffina binti Shahif, di Mahkamah Majistret, di sini.
Tertuduh berumur 46 tahun, didakwa memiliki 100 karton rokok semasa Operasi Sepadu gabungan keanggotaan yang melibatkan Pasukan Simpanan Polis 'C' Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Defendan ditangkap di Kampung Junjongan pada 29 Mei 2022, jam 6.48 malam.
Semua barang yang terlibat, iaitu rokok dihukum rampas untuk diserahkan kepada pihak kerajaan bagi tujuan dimusnahkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]