FacebookInstagramTwitterContact

 

Hari Raya Aidilfitri Celebration, Ministry of Religious Affairs           >>           Kendall Vertes Reveals Why Mother Jill Is Still The Ultimate Dance Mom           >>           By Command of His Majesty           >>           Megan Fox Ditches Jedi-Inspired Look To Debut Bangin' New Hair Transformation           >>           Messi Proves Difference-Maker To Power Miami Past Red Bulls           >>           ISL 2023-24 Player Of The Season: Lallianzuala Chhangte, Mumbai City's Man For The Big-Game           >>           Messi Gets 5 Assists, Scores A Goal To Lead Miami's Rout Of Red Bulls           >>           Ronaldo Records 4th Hat Trick Of Season In Al Nassr Rout           >>           Barcelona Win Fifth Liga F Title In A Row, Eye First Quadruple           >>           Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Kementerian Pendidikan Kekalkan Gelaran Juara


 


 May 29th, 2023  |  08:22 AM  |   429 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Pendidikan berjaya mengekalkan gelaran juara menerusi Kejohanan Bola Jaring Antara Kementerian-kementerian sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-29 Tahun 2022 bagi Kategori Terbuka edisi kali ini.

 

Kejohanan yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini, menyaksikan juara memenangi enam perlawanan dengan sistem 'round robin' yang disertai sebanyak lapan kementerian.

 

Sementara itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) menduduki tempat kedua, dan tempat ketiga disandang oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

 

Manakala, bagi Kategori Veteran pula, pasukan Kementerian Pembangunan merangkul gelaran juara, diikuti dengan Kementerian Kesihatan di tempat kedua, dan Kementerian Pendidikan di tempat ketiga.

 

Hadir menyaksikan perlawanan tersebut dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), KKBS, Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, selaku tetamu kehormat majlis.

 

Terdahulu itu, pada perlawanan di antara JPM dan Kementerian Pembangunan, kedua-dua pasukan terpaksa berkongsi mata apabila terikat dengan jaringan 9 - 9.

 

Dalam perlawanan di antara Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) pula, KHEDN berjaya mengalahkan KSSUP dengan jaringan 22 - 4, diikuti dengan perlawanan di antara KKBS dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) yang berkesudahan kemenangan berpihak kepada KKBS dengan jaringan 15 - 12.

 

Manakala, dalam perlawanan Kementerian Pendidikan menentang Kementerian Kesihatan berkesudahan dengan jaringan 15 - 9.

 

Kejohanan Bola Jaring sempena HPA Ke-29 Tahun 2022 merupakan anjuran KKBS dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BNA).

 

Kejohanan tersebut dianjurkan selama empat hari bermula 19, 21, 26 dan 28 Mei 2023 dan disertai oleh lapan kementerian terdiri daripada JPM, KHEDN, Kementerian Pendidikan, KSSUP, Kementerian Pembangunan, KKBS, Kementerian Kesihatan dan KHEU.

 

Turut hadir menyaksikan kejohanan tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), KHEDN, Dayang Nor Hamidah binti Haji Hamidon; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-undang) Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; dan Yang Dipertua BNA, Leftenan Kolonel (B) Dayang Hajah Wan Shahlimar binti Haji Suhaili; serta para pegawai kanan kerajaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07