FacebookInstagramTwitterContact

 

Cultural Activities           >>           Various Products and Services Offered           >>           Launching of 29th Consumer Fair           >>           'Operasi Ursa Heal'           >>           Group of 'Touring Borneo Explore 360, Tiga Negara'           >>           Brunei Mampan Forum           >>           Inauguration of Islamic Finance Management Exhibition           >>           Long Service Medal Presentation           >>           Beautiful and Priceless Reward           >>           Haj Pilgrims leave Jeddah           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


251 Jemaah Haji Berlepas Ke Tanah Suci


 


 June 5th, 2023  |  08:38 AM  |   152 views

BERAKAS

 

Penerbangan pertama bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam (NBD) telah bertolak meninggalkan negara pagi tadi dengan menggunakan pesawat Royal Brunei Airlines BI4201, dan penerbangan dijangka tiba di Madinah pada jam 1.40 tengah hari waktu tempatan.

 

Penerbangan membawa seramai 251 orang bakal jemaah haji termasuk Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji NBD (Pentadbiran dan Perubatan); Pegawai-pegawai dari Syarikat Darussalam Services Sendirian Berhad (DSSB); Syarikat Straits Central Agencies (B) Sendirian Berhad; Syarikat Al-Hijrah Travel & Tours Sendirian Berhad; Syarikat At-Taqwa Travel Tours Sendirian Berhad; dan Syarikat Titian Travel & Tours Sendirian Berhad.

 

Pada penerbangan pertama ini, seramai 46 orang bakal jemaah haji iaitu 20 orang lelaki dan 26 orang perempuan mengikuti Syarikat DSSB, sementara bakal jemaah haji yang mengikuti Straits Central Agencies (B) Sendirian Berhad adalah seramai 71 orang terdiri daripada 33 orang lelaki dan 38 orang perempuan.

 

Manakala, Syarikat Al-Hijrah Travel & Tours Sendirian Berhad membawa 53 orang bakal jemaah haji iaitu 25 orang lelaki dan 28 orang perempuan; At-Taqwa Travel & Tours Sendirian Berhad membawa seramai 37 orang bakal jemaah haji iaitu 15 orang lelaki dan 22 orang perempuan; dan seramai 40 orang bakal jemaah haji terdiri daripada 18 orang lelaki dan 22 orang perempuan menyertai Titian Travel & Tours Sendirian Berhad.

 

Turut mengiringi bakal jemaah haji bagi penerbangan pertama tersebut ialah seorang Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Pentadbiran) dan tiga orang Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Perubatan).

 

Hadir bagi mengucapkan selamat belayar di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; dan Pemangku Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

 

Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke NBD, Tuan Yang Terutama Emad bin Abdul Aziz Al-Muhanna; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam), Jabatan Perdana Menteri, Awang Ajman bin Haji Meludin; Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang.

 

Hadir sama, Ahli-Ahli Jemaah Penasihat Haji, Pengarah-pengarah serta Penolong-penolong Pengarah KHEU.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat, manakala azan dilaungkan oleh Yang Mulia Begawan Mudim Haji Amran bin Haji Md. Salleh.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Rahul Gandhi's Big Test As India's Opposition Leader

 2024-06-27 00:49:40

VW To Invest Up To $5bn In Tesla Rival Rivian

 2024-06-27 00:17:24