FacebookInstagramTwitterContact

 

Various Products and Services Offered           >>           Launching of 29th Consumer Fair           >>           'Operasi Ursa Heal'           >>           Group of 'Touring Borneo Explore 360, Tiga Negara'           >>           Brunei Mampan Forum           >>           Inauguration of Islamic Finance Management Exhibition           >>           Long Service Medal Presentation           >>           Beautiful and Priceless Reward           >>           Haj Pilgrims leave Jeddah           >>           Arrival of Third Haj Flight           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


KUPU SB Adakan Rihlah Ilmiah Ke Osaka, Jepun


 


 June 6th, 2023  |  08:18 AM  |   72 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai dua pensyarah dan 18 mahasiswa dan mahasiswi, Program Sarjana Muda Perguruan Ugama dan Diploma Tertinggi Perguruan Ugama, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Kelab Fikrah di bawah Fakulti Usuluddin menyertai Program Rihlah Ilmiah ke Osaka, Jepun bermula 2 hingga 7 Jun 2023.

 

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Dekan Fakulti Usuluddin, Dr. Norashibah binti Haji Awang Besar.

 

Pensyarah Fakulti Usuluddin, Dayangku Hajah Norafizah binti Pengiran Haji Bungsu selaku ketua rombongan menjelaskan bahawa antara objektif Program Rihlah Ilmah ke Osaka, Jepun tersebut diadakan bagi membina dan memantapkan ukhuwah Islamiah antara mahasiswa KUPU SB dengan para mualaf dan pelajar Islam di Osaka, Jepun.

 

Selain itu, lawatan tersebut juga bertujuan bagi menambahkan maklumat dan membuka minda para pelajar dengan melihat suasana pengajaran dan pembelajaran yang berbeza serta keluar dari zon selesa diri pelajar.

 

Dengan adanya program tersebut, ia diharapkan akan dapat memperkayakan pengalaman dan membina hubungan intelektual pelajar terutamanya dalam soal ilmu dakwah Islamiah menerusi perbincangan dan pembelajaran langsung dengan masyarakat Islam di Jepun.

 

Selain itu juga, ia juga untuk mempromosikan Negara Brunei Darussalam (NBD) sebagai sebuah Negara Zikir yang berkonsepkan Melayu Islam Beraja.

 

Dengan kerjasama Japan Da'wah Centre, rombongan mahasiswa dan mahasiswi serta pensyarah berkesempatan untuk mengadakan aktiviti bersama dengan para mualaf termasuk demonstrasi wuduk dan sembahyang, memimpin bacaan Surah Al-Fatihah serta persembahan tausyeh dan bacaan Al-Quran.

 

Sepanjang program itu, rombongan juga akan berkesempatan untuk membuat lawatan ke Universiti Kansai, Osaka bagi perkongsian ilmu berkaitan pendidikan Islam.

 

Rombongan juga turut menyerahkan wakaf termasuk sejadah, kelengkapan sembahyang perempuan, buku panduan sembahyang, buku-buku KUPU SB dan lain-lain lagi kepada ahli jawatankuasa masjid dalam kawasan Osaka, Japan.

 

Rihlah Ilmiah merupakan satu wadah aktiviti berbentuk ilmiah yang bertujuan untuk menambahkan maklumat serta pengetahuan sekali gus membuka minda para mahasiswa dan mahasiswi dengan lawatan pusat, institusi dan sekolah dalam bidang pendidikan Islam.

 

Selain itu, memberikan pendedahan kepada mereka akan suasana yang berbeza dengan NBD dari segi pemakanan, kehidupan, bertukar-tukar fikiran dan pendapat bersama pelajar-pelajar luar.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Rahul Gandhi's Big Test As India's Opposition Leader

 2024-06-27 00:49:40

VW To Invest Up To $5bn In Tesla Rival Rivian

 2024-06-27 00:17:24