FacebookInstagramTwitterContact

 

The US Supreme Court Rejects Elon Musk’s Appeal In ‘Funding Secured’ Tweet Ruling           >>           Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech           >>           US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes           >>           Vinted Makes First Profit On Used Fashion           >>           Lose Weight Standing Around: New Study Finds Standing Rather Than Sitting For Six Hours Per Day Prevents Weight Gain, Aids Weight Loss           >>           Greens, Legumes And Unsaturated Fats: How To Reverse Diabetes With Food           >>           Unilever Recalls Magnum Ice Cream In The U.K. And Ireland Due To Possible Metal And Plastic Contamination           >>           Walkathon           >>           Launching of 1st Entrepreneurship and Innovation Challenge           >>           Authority of National Historical Sources           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


UBD Tuan Rumah Mesyuarat GCM BSN Ke-4


 


 September 16th, 2023  |  07:33 AM  |   3564 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Universiti Brunei Darussalam (UBD) menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Majlis Pentadbiran (Governing Council Meeting (GCM) Rangkaian Kajian Borneo (Borneo Studies Network (BSN)) Ke-4, baru-baru ini di mana UBD memegang jawatan Pengerusi BSN dan Sekretariat BSN.

 

GCM yang diadakan secara hibrid tersebut dipengerusikan oleh Naib Canselor UBD, Dr. Hazri bin Haji Kifle dan dihadiri oleh Naib Canselor serta Rektor-rektor dari ahli-ahli universiti BSN.

 

GCM mengumpulkan ahli-ahli konsortium untuk mengemas kini dan mempersoalkan pelbagai aktiviti berkaitan BSN, termasuk kerjasama dua hala dan pelbagai hala dalam kalangan ahli BSN dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan aktiviti mobiliti dan inisiatif serta membincangkan rancangan masa depan BSN dalam tahun akan datang.

 

Mesyuarat Jawatankuasa Saintifik BSN juga telah diadakan pada Januari tahun ini, di mana beberapa perkara saintifik utama telah dipersetujui oleh ahli Jawatankuasa Saintifik termasuk dalam memperkukuhkan projek kerjasama di bawah lima kluster penyelidikan BSN iaitu Borneo Biodiversity, Borneo Cultural Heritage & Ethnic Groups, Borneo Renewable Sains Bahan dan Tenaga, Transformasi Komuniti Lestari Borneo, dan Ekonomi serta Perbankan Borneo.

 

Semua kluster penyelidikan BSN mempunyai kepentingan yang bertindih terhadap kemampanan sejak kluster penyelidikan itu dibentuk pada tahun 2017.

 

BSN merupakan rangkaian kajian dan rangka kerja penyelidikan berpangkalan di Borneo, ditubuhkan pada tahun 2013 terdiri daripada 13 institusi ahli iaitu UBD, Universitas Balikpapan (UNIBA), Universitas Borneo Tarakan (UBT), Universitas Islam Kalimantan (UNISKA), Universitas Lambung Mangkurat (UNLAM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universitas Mulawarman (UNMUL), Universitas Palangkaraya (UPR), Universitas Tanjungpura (UNTAN), STAKATN, Institut Mata Enggang (MEI) dan ahli BSN baharu iaitu Institut Teknologi Kalimantan (ITK).

 

Borneo merupakan pulau ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Asia. Pulau ini mempunyai tiga negara, Negara Brunei Darussalam dan Malaysia di Utara, Indonesia di Selatan. Pulau Borneo juga merupakan rumah kepada salah satu hutan hujan tertua di dunia.

 

Sehingga kini, BSN telah mengadakan aktiviti termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Ilmiah, bengkel, persidangan dan pertukaran pelajar. Kem Kepimpinan Belia Borneo baru-baru ini diadakan pada Julai 2023 di Universitas Mulawarman untuk mempromosikan dan menyokong pemikiran inovatif dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar BSN.

 

Beberapa aktiviti lain akan menyusul dalam beberapa bulan akan datang melibatkan kelompok penyelidikan serta Bengkel Penyelidik Muda Borneo terutamanya untuk pelajar pasca siswazah.

 

Visi konsortium adalah untuk mempromosi dan membuat sumbangan tersendiri bagi Pulau Borneo melalui pendidikan dan penyelidikan mengenai Kajian Borneo dengan tumpuan kepada rakyat, ekonomi dan alam sekitar.

 

Ini dilakukan dengan memanfaatkan kepakaran dan kelebihan strategik universiti dan institusi ahli dengan kualiti dan kuantiti hasil penyelidikan yang lebih tinggi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech

 2024-04-30 10:42:36

US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes

 2024-04-30 10:37:24