FacebookInstagramTwitterContact

 

The US Supreme Court Rejects Elon Musk’s Appeal In ‘Funding Secured’ Tweet Ruling           >>           Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech           >>           US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes           >>           Vinted Makes First Profit On Used Fashion           >>           Lose Weight Standing Around: New Study Finds Standing Rather Than Sitting For Six Hours Per Day Prevents Weight Gain, Aids Weight Loss           >>           Greens, Legumes And Unsaturated Fats: How To Reverse Diabetes With Food           >>           Unilever Recalls Magnum Ice Cream In The U.K. And Ireland Due To Possible Metal And Plastic Contamination           >>           Walkathon           >>           Launching of 1st Entrepreneurship and Innovation Challenge           >>           Authority of National Historical Sources           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


UTB Raikan Graduan Cemerlang


Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 September 17th, 2023  |  09:18 AM  |   5408 views

BERAKAS

 

Universiti Teknologi Brunei (UTB) pagi tadi mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang 2023 sempena Majlis Konvokesyen UTB 2023 bagi meraikan kejayaan mahasiswa dan mahasiswi universiti berkenaan.

 

Majlis menyaksikan penyampaian kepada 150 penerima anugerah iaitu Anugerah Kakitangan Cemerlang; Anugerah Naib Canselor; Anugerah Cemerlang termasuk Anugerah Cemerlang untuk Penyelidikan di peringkat Pasca Siswazah; Anugerah Senarai Dekan kepada 52 penerima; Anugerah Kegiatan Ko-kurikular atau Student Achievement Passport; dan Anugerah Projek Tahun Akhir Terbaik dari Pilihan Orang Ramai.

 

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan anugerah-anugerah tersebut pada majlis yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, Pengerusi Majlis UTB.

 

Turut hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kedutaan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Xiao Jianguo dan Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Awang Ir. Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof.

 

Naib Canselor UTB, Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan, anugerah hari ini adalah untuk meraikan dan mempromosikan budaya kecemerlangan di UTB.

 

Beliau berharap pengiktirafan dari UTB akan memotivasikan penerima-penerima dengan lebih jauh dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk ikut sama.

 

“Mereka akan bergelar Duta kepada UTB. Saya berharap sebagai Duta, mereka akan membawa imej universiti yang positif.

 

“Semoga mereka akan terus menjadi individu yang cemerlang dalam kerjaya dan sentiasa memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat," ujarnya.

 

Manakala pelajar yang menerima Anugerah Dekan pada hari ini tambahnya, diharap akan terus konsisten dalam menimba ilmu, agar terus berjaya mencapai kejayaan.

 

Pada majlis tersebut, seramai 17 penerima telah menerima Anugerah Kakitangan Cemerlang yang telah diperkenalkan pada 2015 dan ia disambut setiap tahun bagi memberi ganjaran kepada pencapaian cemerlang dan sumbangan yang telah diberikan kepada staf akademik dan bukan akademik ke arah kejayaan UTB.

 

Untuk anugerah staf cemerlang berkenaan, setiap penerima membawa pulang plak, sijil pengiktirafan dan wang tunai BND1,000 manakala bagi penerima Special Mention menerima sijil.

 

Sementara Anugerah Naib Canselor diberikan kepada seorang penerima; Anugerah Cemerlang termasuk Anugerah Cemerlang untuk Penyelidikan di peringkat Pasca Siswazah kepada 64 penerima; Anugerah Senarai Dekan kepada 52 penerima; Anugerah Kegiatan Ko-kurikular atau Student Achievement Passport kepada lapan penerima; dan Anugerah Projek Tahun Akhir Terbaik dari Pilihan Orang Ramai kepada sembilan penerima.

 

Majlis tersebut kemudian menyaksikan penyampaian anugerah senarai dekan, aktiviti pelajar ko-kurikular dan anugerah Pilihan Orang Ramai yang telah disampaikan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech

 2024-04-30 10:42:36

US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes

 2024-04-30 10:37:24