FacebookInstagramTwitterContact

 

A-League Record Goal-Scorer Jamie Maclaren To Leave Melbourne City           >>           Taylor Swift And Travis Kelce's Vegas PDA Will Have You Feeling So High School           >>           Barbra Streisand Shamelessly Asks Melissa Mccarthy About Ozempic Use           >>           Evidence For Planet 9 Found In Icy Bodies Sneaking Past Neptune           >>           The Instax Mini 99 Could Pass For A Real Fujifilm Camera           >>           The excellent and customizable Arc Browser is now fully available on Windows           >>           Tesla is reportedly getting 'absolutely hard core' about more layoffs, according to Elon Musk           >>           Gaza: Israeli PM Netanyahu Says Rafah Attack Will Happen Regardless Of Deal           >>           ICJ Rules It Will Not Halt German Arms To Israel           >>           Trump Fined For Violating Gag Order In New York Hush-Money Trial           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


Program Kepimpinan Pelaku Pembangunan Islam 5.0 tutup tirai


 


 September 21st, 2023  |  07:46 AM  |   5573 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Program Kepimpinan Pelaku Pembangunan Islam Siri Ke-5 (K2P2I 5.0) bagi mahasiswa-mahasiswi dan Alumni Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bagi Tahun 2023 telah melabuhkan tirainya pada Majlis Penutup Program K2P2I 5.0 yang berlangsung di Dewan Perkampungan Sukan Hassanal Bolkiah, Berakas, baru-baru ini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut adalah Pemangku Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, Awang Muhammed Sahrin bin Haji Masri.

 

Turut hadir, Ketua Pegawai Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Haji Mohd. Marisswandi bin Haji Omar; Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dr. Norhazerah binti Baha; tenaga akademik, pegawai dan kakitangan serta peserta-peserta program.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi K2P2I 5.0, Awang Muhd. Nur Amir Zakwan bin Bungsu.

 

Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil peserta K2P2I 5.0, Awang Mohammad Aiman Daniel bin Mohd. Haffiz dan ucapan utama serta penghargaan daripada tetamu kehormat majlis.

 

Antara isi yang ditekankan dalam ucapan tetamu kehormat majlis adalah mengenai kemajuan sebuah negara yang sangat bergantung pada usaha bersama pemimpin, pentadbir dan seluruh lapisan masyarakat.

 

Begitu juga golongan belia yang memiliki peranan sebagai generasi penerus yang perlu memiliki kemahiran dan kebergunaan holistik.

 

Selain itu, Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) menyerukan pemimpin yang efektif untuk menangani isu-isu sosial. Oleh itu, mahasiswa dan mahasiswi di UNISSA khususnya FPPI, perlu menjadi generasi muda yang holistik dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai moral yang kukuh untuk membantu mencapai matlamat negara dan masa depan yang cerah.

 

Turut ditekankan juga akan pentingnya pendedahan dan aplikasi ilmu kepemimpinan Islam yang berlandaskan konsep Hablu Min Allah, Hablu Min al-Nas, dan Hablu Min al-'Alam kepada para peserta.

 

Dengan mengambil contoh daripada pemimpin Islam seperti Sayyidina Umar Al-Khattab, yang menjaga hubungannya dengan Allah, peduli terhadap kesejahteraan orang lain dan memelihara lingkungan sekitar.

 

Semua ini adalah sifat-sifat yang perlu ditanamkan dalam diri pemimpin muda Islam agar mereka dapat mencapai kejayaan sejati.

 

Majlis diteruskan dengan sebuah tayangan Video Selayang Pandang K2P2I 5.0 yang merangkumi segala aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang empat hari Program K2P2I 5.0 ini dijalankan.

 

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada wakil peserta K2P2I 5.0, dan juga penyampaian cenderahati kepada para jemputan khas yang telah menyertai acara ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41