Home > School
Pelancaran Sistem Perpustakaan UNISSA e-FIHRIST
September 22nd, 2023 | 11:52 AM | 6473 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah melancarkan Sistem Perpustakaan UNISSA e-FIHRIST yang berlangsung di Perpustakaan UNISSA, baru-baru ini.
Sistem Perpustakaan UNISSA e-FIHRIST telah dilancarkan oleh Penolong Rektor (Akademik) UNISSA, Profesor Madya Siti Sara binti Haji Ahmad bersempena dengan Open Maktabah UNISSA.
Open Maktabah adalah nama e-FIHRIST adalah sempena Kitab al-Fihrist (The Book Catalogue) iaitu sebuah kitab berbahasa Arab susunan Ibn Al-Nadim.
Sistem perpustakaan ini akan memudahkan pencarian bahan perpustakaan dan membolehkan perpustakaan melaksanakan tugas-tugas harian dengan lancar dan memberikan perkhidmatan yang efisien kepada warga UNISSA.
Antara aktiviti lain yang diadakan semasa Open Maktabah itu adalah tunjuk cara akses dan penggunaan sistem-sistem dan 'database' Perpustakaan UNISSA seperti repositori e-ILAMI, 'database' UNISSA.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]