Home > School
Lawatan Sambil Belajar Ke BKISHHB
September 22nd, 2023 | 11:56 AM | 6539 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Peserta-peserta Perempuan bagi Skim Bimbingan Lanjutan II bagi Muallaf Siri Ke-40 bersama para pegawai pengiring dari Pusat Da'wah Islamiah (PDI) mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB), baru-baru ini.
Seramai 78 peserta dari keempat-empat daerah mengikuti lawatan tersebut iaitu Daerah Brunei dan Muara seramai 24 orang, Daerah Tutong seramai 18 orang, Daerah Belait seramai 18 orang dan Daerah Temburong seramai 18 orang.
Lawatan tersebut merupakan salah satu aktiviti ilmiah kepada peserta-peserta mualaf dengan tujuan untuk mendedahkan para peserta mualaf mengenai sejarah ketamadunan Islam dan artifak-artifak Islam.
Di samping itu, meningkatkan kefahaman kepada mereka melalui perkongsian maklumat mengenai sejarah kegemilangan Islam serta memupuk dan menambahkan rasa kasih dan cinta terhadap sejarah dan warisan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Lawatan dimulakan dengan sesi bergambar ramai di kawasan luar bangunan BKISHHB dan diteruskan dengan lawatan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]