FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


Terapkan Nilai Asas Kepimpinan, Integriti, Kecemerlangan


 


 September 27th, 2023  |  06:58 AM  |   5937 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Persatuan Pelajar Undang-Undang Asia (ALSA) Antarabangsa telah mengadakan acara tahunan ALSA Forum 2023 yang telah dianjurkan oleh ALSA India pada 8 September sehingga 10 September 2023.

 

Acara ini bertujuan untuk menyatukan Ahli-ahli ALSA dari 17 negeri Asia untuk membincangkan aktiviti-aktiviti akademik dan bukan akademik. Acara ini juga menandakan permulaan penggal rasmi ALSA melalui Perhimpunan Agung tahunan, Majlis Mesyuarat Pentadbiran dan Pemilihan Lembaga Antarabangsa bagi Sesi 2023/2024.

 

Tahun ini, ALSA Forum diadakan oleh ALSA India secara dalam talian.

 

Mewakili ALSA Brunei, seramai enam ahli delegasi terdiri daripada Ahli Lembaga Negara yang juga merupakan pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) iaitu Dayang Syafiah binti Abdul Hafidz, Ahmad Zahid Borhan, Aziezul Safwan bin Ag. Zakaria, Nurul Iffah Haji Puasa dan Ahmad Muqri bin Marhain.

 

Salah satu tentatif ALSA Forum ialah pembentangan laporan akauntabiliti tahunan. Laporan ini merangkumi pelbagai aspek, termasuk Penilaian ALSA yang biasa dikenali dalam kalangan Ahli ALSA sebagai Anugerah Oscar.

 

Setelah menilai prestasi keseluruhan, ALSA Brunei mempunyai penyertaan yang aktif dan responsif sepanjang Majlis Mesyuarat Pentadbiran penggal ini. ALSA Brunei juga secara konsisten menunjukkan kesediaan untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada Lembaga Antarabangsa.

 

Selain itu, ALSA Brunei juga diberikan pujian atas kehadiran, ketepatan masa dan komitmen mereka dalam semua mesyuarat.

 

Sebagai mengiktiraf peranan ALSA Brunei dalam menganjurkan ALSA Conference 2024, Dayang Syafiah binti Abdul Hafidz dan Ahmad Zahid Borhan masing-masing telah dianugerahkan sebagai Best National Chapter President dan Best National Chapter Secretary-General.

 

ALSA Forum hanyalah salah satu daripada banyak acara antarabangsa yang dijalankan oleh ALSA International, yang semuanya bertujuan untuk merealisasikan misi terasnya iaitu mempromosikan pendidikan undang-undang, memajukan pembangunan profesional dan berdedikasi kepada khidmat masyarakat di samping menerapkan nilai asas seperti kepimpinan, integriti dan kecemerlangan.

 

Dengan ALSA Brunei mengambil alih tanggungjawab sebagai penganjur ALSA Conference yang yang dijadualkan pada tahun 2024, peluang baru akan terbuka untuk memudahkan penglibatan mahasiswa-mahasiswi dengan individu-individu yang berkongsi pandangan yang sama. Selain itu, platform ini juga akan membolehkan mereka memperoleh kemahiran praktikal dengan harapan dapat memberikan kesan positif dalam masyarakat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06