Home > In The Court
Tinggal Lebih Masa : Dipenjara, Sebat
October 3rd, 2023 | 06:53 AM | 1793 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki warganegara Bangladesh dijatuhkan hukuman enam bulan penjara dan tiga kali sebatan atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Imigresen, Penggal 17.
Hukuman berkuat kuasa pada 27 September 2023 dan dijatuhkan oleh Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni, di Mahkamah Majistret, hari ini.
Mujahid, berumur 28 tahun, didakwa kerana tinggal lebih masa di Negara Brunei Darussalam tanpa alasan yang munasabah setelah Pas Pekerja mansuh pada 3 September 2021, iaitu selama 754 hari.
Pada 27 September 2023, kira-kira jam 1.05 petang, Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) menjalankan operasi di sebuah rumah di Kampung Sungai Buloh, Mentiri.
Setelah disiasat, defendan didapati tidak memiliki sebarang dokumen yang sah dan gagal mengemukakan dokumen berkenaan.
Dalam siasatan juga mendedahkan bahawa defendan kali terakhir memasuki ke negara ini, pada 17 Januari 2019 dan diberikan Pas Pekerja di bawah tajaan Syarikat NZM Sdn. Bhd. dan kemudian berpindah di bawah Syarikat LCY Development Sdn. Bhd.
Pas Imigresen defendan dilanjutkan dan sah sehingga 2 September 2021.
Walau bagaimanapun, defendan melarikan diri daripada majikannya di bawah Syarikat LCY Development Sdn. Bhd. dan meneruskan pekerjaan secara tidak sah sebagai 'freelance buruh' sehingga defendan ditangkap.
Dalam rekod, ini merupakan kesalahan pertama defendan di bawah Akta Imigresen.
Pendakwaan tertuduh dijalankan oleh pihak Pendakwa Raya di JIPK, Adi Yusra bin Haji Adnan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Nooratini Haji Abas
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]