Home > In The Court
Pecah Rumah, Curi : Lelaki Tempatan Dipenjara, Sebat
October 6th, 2023 | 07:08 AM | 913 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki tempatan yang melakukan pecah masuk rumah untuk mencuri dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan oleh Mahkamah Perantaraan.
Hukuman terhadap Muhammad Fadhli bin Muhammad Amin@Alek Zain anak Jantan, 25 tahun, yang mengaku bersalah di hadapan Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar yang kemudian memerintahkan defendan menjalani hukuman bermula daripada tarikh reman.
Tertuduh memecah masuk sebuah rumah di Kampung Lumut Tersusun pada 1 September dan 6 September 2023 dan mencuri sebuah 'speaker' karaoke jenama Pevy dan sebuah CCTV berwarna hitam jenama Ao Qi Tai.
CCTV berwarna hitam jenama Ao Qi Tai tersebut telah dijual dengan harga BND50 manakala 'speaker' karaoke jenama Pevy digunakan untuk kegunaan peribadinya.
Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zahidah Farhanah binti Abdul Aziz yang turut memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh mempunyai kesalahan lampau.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Rohani Haji Abdul Hamid
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]