FacebookInstagramTwitterContact

 

Twins Compare Welsh And English People In Cheeky Vids That Leave People Giggling           >>           Elon Musk Is Reportedly Planning An Xai Supercomputer To Power A Better Version Of Grok           >>           How Barcelona Fans Turned Bilbao Into Camp Nou In UWCL Final           >>           Rossi Brace Helps Crew Beat Orlando To Extend Road Win Streak           >>           PSG Beat Lyon In French Cup Final To Clinch Domestic Treble           >>           PSG Will Win Champions League Despite Mbappé Exit – Enrique           >>           Robert Taylor Helps Short-Handed Inter Miami Beat Vancouver           >>           Hamas Launches Rocket Attack Towards Tel Aviv Area           >>           Turbulence On Doha-Dublin Flight Leaves 12 Injured           >>           Trump Booed At Libertarian Convention           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Penubuhan YSHHB


Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 October 6th, 2023  |  07:38 AM  |   217 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) petang tadi mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Penubuhan YSHHB Ke-31 Tahun bertempat di Dewan An-Naura, Kompleks YSHHB, di ibu negara.

 

Berangkat ke majlis berkenaan, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir YSHHB.

 

Menjunjung keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ialah Ahli-ahli Jemaah Tadbir YSHHB, iaitu Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof.

 

Turut menjunjung, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB; dan Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak selaku Pemangku Pengarah Urusan YSHHB.

 

Majlis terdahulu dimulakan dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah yang diimamkan oleh Ketua Hakim Syar'ie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar, diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai dan bacaan Doa Kesyukuran sempena 31 Tahun Penubuhan YSHHB.

 

Semasa majlis berkenaan juga, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menyempurnakan penyampaian sumbangan tahunan YSHHB (bagi tahun 2023) kepada dua buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mengendalikan program pembangunan dan pemulihan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) sebanyak BND100,000.

 

Sumbangan berkenaan merupakan keprihatinan YSHHB terhadap kebajikan dan kesejahteraan golongan OKU yang sewajarnya diberikan bimbingan, didikan dan kemahiran supaya mereka menjadi individu yang berjaya dan mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara.

 

Dua buah NGO berkenaan ialah Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) dan Persatuan SMARTER Brunei yang masing-masing menerima sumbangan kewangan berjumlah BND50,000.

 

Sumbangan YSHHB kepada Pusat Ehsan diterima oleh Ketua Guru Ugama pusat berkenaan, Awang Sanif bin Haji Tarip. Manakala mewakili Persatuan SMARTER Brunei ialah Yang Di-Pertua persatuan berkenaan, Pengiran Zamri bin Pengiran Haji Bujang.

 

Sumbangan ke Pusat Ehsan adalah untuk memberi sokongan kepada pusat berkenaan dalam mengendalikan perkhidmatan dan latihan kepada insan-insan istimewa yang kurang upaya dari segi anggota dan intelek untuk membolehkan mereka mencapai potensi ke tahap maksimum.

 

Sementara Pusat SMARTER Brunei, 50 peratus daripada jumlah sumbangan berkenaan adalah untuk mengendalikan urusan pengajaran dan pembelajaran khusus bagi anak-anak autistik, manakala sebanyak 50 peratus lagi untuk pembayaran yuran pendidikan yang dikenakan oleh SMARTER Brunei bagi mengajar anak-anak autisme daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

 

Juga hadir pada majlis berkenaan ialah Ahli-ahli Lembaga Pengarah YSHHB; para pegawai dan kakitangan YSHHB; serta guru-guru Sekolah YSHHB.

 

YSHHB ditubuhkan atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 5 Oktober 1992 sempena Sambutan Jubli Perak Menaiki Takhta.

 

Penubuhan YSHHB adalah sebagai wadah amal jariah atau derma khairat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan ahli kerabat baginda, iaitu sebagai tanda pemedulian dan kasih baginda kepada rakyat baginda serta menjadi pembentukan masyarakat di Negara Brunei Darussalam (NBD) yang sejahtera dan makmur.

 

Sepanjang 31 tahun penubuhannya, YSHHB telah melaksanakan pelbagai program, projek dan aktiviti untuk meningkatkan dan merangsang perkembangan sosioekonomi serta kesejahteraan rakyat dan penduduk NBD sekali gus memenuhi aspirasi Kebawah DYMM untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini.

 

Dalam apa juga perancangan dan pelaksanaan program, projek dan aktivitinya, YSHHB sentiasa mendukung penuh agenda pembangunan negara sejajar dengan matlamat Wawasan Brunei 2035.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

UN Fears 670 People Buried Under Papua Landslide

 2024-05-27 01:16:59

Joy And Disbelief As Post Office Convictions Quashed

 2024-05-25 11:09:06