FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Berkenan Menyaksikan Eksesais Sunda Patrol 2023


Foto : Masri Osman

 


 October 6th, 2023  |  07:41 AM  |   220 views

BELAIT

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat menyaksikan Eksesais Sunda Patrol 2023 bertempat di Kawasan Latihan 'B', Hutan Simpan Andulau, Sungai Liang, Kuala Belait, hari ini.

 

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba dijunjung oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin.

 

Juga menjunjung keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman; Pengarah Perisikan, Kementerian Pertahanan, Kolonel (U) Haji Mohammad Muluddin bin Awang Haji Latif dan Royal Navy (RN), Penasihat Pertahanan United Kingdom (UK) ke Negara Brunei Darussalam (NBD), Kapten Jonathan Caple sebelum berangkat ke kawasan latihan dengan menaiki pesawat helikopter Puma Skuadron 230 Tentera Udara Diraja, Angkatan Tentera British.

 

Duli Yang Teramat Mulia berserta rombongan mendarat di Tapak Pendaratan Empangan Kargu dan dijunjung oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke NBD, Tuan Yang Terutama John Virgoe dan Pemerintah Angkatan Tentera British (BFB) di NBD, Leftenan Kolonel Hugo Stanford-Tuck.

 

Sejurus keberangkatan tiba di Empangan Kargu, DYTM telah berkenan disembahkan taklimat mengenai Eksesais Sunda Patrol 2023 dan latihan secara langsung (live drill) menyusuri sungai yang disembahkan oleh Pegawai Memerintah Kompeni Bantu, Batalion Pertama Royal Gurkha Rifles (Support Company 1RGR), Mejar Som Thulung dan seterusnya berkenan menyaksikan latihan secara langsung (live drill) menyusuri sungai. DYTM kemudian dijunjung untuk sesi bergambar ramai.

 

DYTM seterusnya berkenan berangkat menaiki kenderaan pacuan empat roda melalui jalan darat ke Jungle Base Camp. Sejurus tiba di kawasan latihan, DYTM disembahkan dengan kalungan Maala dan disembahkan taklimat pengenalan mengenai BFB yang disembahkan oleh Pemerintah BFB.

 

DYTM seterusnya berkenan membuat lawatan ke Pameran Jungle Survival. Semasa di Pameran Jungle Survival, DYTM dijunjung bagi menyampaikan sijil penghargaan kepada para penganjur eksesais dan juga dijunjung untuk sesi bergambar ramai.

 

DYTM seterusnya dijunjung bagi Majlis Santap Tengah Hari di kawasan latihan sebelum berangkat meninggalkan kawasan latihan.

 

Hadir untuk Majlis Santap Tengah Hari adalah Pemerintah 4 Brigade Angkatan Tentera British, Brigedier Rob Singleton serta Penasihat-penasihat dan Atase-atase Pertahanan yang menetap di NBD.

 

Setelah Majlis Santap Tengah Hari, DYTM dijunjung untuk menandatangani Buku Tetamu VVIP dan berkenan bagi menerima pesambah diikuti dengan sesi bergambar ramai.

 

Eksesais Sunda Patrol 2023 adalah pertandingan rondaan yang dianjurkan oleh BFB buat julung kalinya bermula dari 2 hingga 6 Oktober 2023 untuk mencabar kemahiran pasukan-pasukan Angkatan Tentera British daripada Divisyen Pertama (UK) dalam kemahiran ikhtiar hidup (survival skills), rondaan rutin, operasi sungai dan Tinjauan Sasaran Dekan dan Sungai (Riverine and Close Target Reconnaissance - CTR) di persekitaran hutan atau Close Country Tropical Environment (CCTE).

 

Pada tahun hadapan, eksesais ini dirancang untuk diperkembangkan dengan penyertaan pasukan-pasukan antarabangsa yang diundang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Muhammad Zulkamal Awang Haji Kamis

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48