FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


40 Pelajar Sekolah Ugama JIS Terima Sijil SSSRU


Foto : Ak. Mohd Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

 


 October 7th, 2023  |  07:15 AM  |   6215 views

JERUDONG

 

Seramai 40 pelajar Sekolah Ugama Antarabangsa Jerudong (JIS) diraikan pada Majlis Penyampaian Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) Tahun 2022 yang diadakan petang tadi bertempat di Art Centre, sekolah berkenaan.

 

Hadir selaku tetamu khas majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil-sijil kepada para pelajar ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Pengiran Datin Paduka Shazainah binti Pengiran Dato Paduka Shariffuddin.

 

Dalam ucapannya, beliau melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para guru dan ibu bapa kerana telah mencurahkan amal bakti dalam mengajar, mengasuh dan mendidik para pelajar hingga berjaya meraih keputusan yang memuaskan dalam peperiksaan SSSRU.

 

Tambahnya, pembelajaran ugama di Sekolah Ugama JIS juga sedikit sebanyak telah menyumbang kepada peningkatan dan kemantapan masyarakat, hidup beragama dalam suasana harmoni, aman dan sejahtera menurut Ahli Sunnah Waljamaah.

 

Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Awang Norimy bin Haji Ahad, dan diikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Selawat Tafrijiyyah.

 

Majlis turut diserikan dengan persembahan Tausyeh oleh para pelajar Sekolah Ugama JIS.

 

Antara tujuan acara diadakan ialah bagi meraikan pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan persekolahan ugama dan menerima Sijil SSSRU, di samping sebagai satu penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang memperoleh kejayaan hasil usaha gigih pelajar-pelajar, serta sokongan ibu bapa dan juga dedikasi para guru.

 

Turut hadir, Guru Besar Sekolah Ugama JIS, Dayang Hajah Noraidah binti Haji Tengah dan Pengetua JIS, Nicholas Sheehan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06