Home > Breaking News
Kebawah DYMM Raja Isteri Berkenan Menerima Mengadap
Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Azmah Haji Ahad
October 8th, 2023 | 18:55 PM | 532 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap Ketua-ketua Perwakilan Asing Wanita dan Isteri Ketua-Ketua Perwakilan Asing ke Negara Brunei Darussalam sempena Hari Puja Usia baginda.
Majlis Mengadap berlangsung di Istana Nurul Iman.
Berangkat sama pada Majlis Mengadap tersebut ialah paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Nooratini Haji Abas
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]