Home > In The Court
Dihukum Denda, Penjara Akibat Miliki Rokok
October 11th, 2023 | 12:21 PM | 583 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda sebanyak BND88,500 atau 19 bulan pemenjaraan jika gagal membayar denda berkenaan terhadap seorang lelaki warga Indonesia.
Majistret Kanan Harnita Zelda Skinner, memutuskan hukuman terbabit selepas Nandang Permana, lelaki, 31 tahun mengaku bersalah atas satu pertuduhan.
Mengikut pertuduhan, defendan didakwa atas kesalahan kerana memiliki 120 karton rokok pelbagai jenis dan 11 paket rokok pelbagai jenis tanpa permit dan kebenaran yang sah yang ditemui di sebuah rumah sewa di Kampung Delima Satu.
Wang tunai sebanyak BND574 dan SGD5 hasil daripada penjualan rokok berkenaan dihukum rampas dan diserahkan kepada pihak kerajaan untuk tindakan lanjut.
Pegawai Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja menjalankan tangkapan terhadap defendan pada 3 Oktober 2023, jam 4.10 petang.
Semua barang yang terlibat, iaitu rokok juga dihukum rampas untuk diserahkan kepada pihak kerajaan bagi tujuan dimusnahkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Rohani Haji Abd. Hamid
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]