Home > Breaking News
Kebawah DYMM Akan Berangkat Ke Republik Peranchis
October 11th, 2023 | 13:11 PM | 78 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat mengadakan Keberangkatan Rasmi ke Republik Peranchis pada 13 hingga 14 Oktober 2023.
Keberangkatan Rasmi ini adalah atas jemputan Presiden Republik Peranchis, Tuan Yang Terutama Emmanuel Macron.
Semasa Keberangkatan Rasmi ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijangka akan mengadakan perjumpaan bersama Tuan Yang Terutama Presiden Republik Peranchis bagi membincangkan perkara-perkara yang berkepentingan bersama ke arah mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dua hala antara Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Republik Peranchis.
NBD dan Republik Peranchis telah menubuhkan Hubungan Diplomatik pada bulan Mei 1984 dan sejak itu, kedua-dua buah negara mempunyai kerjasama yang luas dalam bidang ekonomi, tenaga, pertahanan, pendidikan dan kebudayaan.
Kali terakhir Kebawah Duli Yang Maha Mulia berangkat ke Republik Peranchis bagi Keberangkatan Rasmi adalah pada tahun 2008.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]