FacebookInstagramTwitterContact

 

Donation Presentation to Intending Haj Pilgrims           >>           Ground-breaking Ceremony           >>           16th IFSB Summit 2024           >>           16th Islamic Financial Service Board Summit 2024           >>           Islamic Financial Services Board Summit 2024           >>           Gleneagles JPMC Hari Raya Aidilfitri Open House           >>           18th DSA and 3rd NATSEC Asia           >>           The Morning After: Apple's new iPad Pro is thinner than an old iPod nano           >>           US revokes Intel and Qualcomm's licenses for chip sales to Huawei           >>           Meta is testing cross-posting from Instagram to Threads           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


234 Graduan Diraikan Pada Majlis Konvokesyen KUPU SB


Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Hernie Suliana Haji Othman, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 October 11th, 2023  |  13:14 PM  |   97 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) berkenan berangkat menyempurnakan pengurniaan ijazah dan diploma kepada 234 graduan bagi program Ijazah Doktor Falsafah Perguruan Ugama, Sarjana Perguruan Ugama, Sarjana Muda Perguruan Ugama, Diploma Lanjutan dan Diploma pada Majlis Konvokesyen KUPU SB Ke-13, Tahun 1445 Hijrah / 2023 Masihi.

 

Majlis konvokesyen berkenaan berlangsung pagi tadi di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, di sini.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, dan diteruskan dengan bacaan Asmaul Husna beramai-ramai.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan  dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Ketua Hakim Syar'ie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar; Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar; dan Pemangku Pendaftar KUPU SB, Awang Adi Rani Soffian bin Abdul Rahman.

 

Perarakan keberangkatan Canselor KUPU SB didahului dengan pengusungan mushaf Al-Quran yang dibawa masuk ke dalam dewan oleh Penolong Pendaftar KUPU SB, Awang Khairul Shaffarani bin Haji Hamidon.

 

Sejurus itu, lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dinyanyikan beramai- ramai.

 

Majlis diikuti dengan bacaan Surah Al-Ahqaf, ayat 13 hingga 16 beramai-ramai oleh para graduan konvokesyen KUPU SB Ke-13 dan bacaan Hadis.

 

Majlis diteruskan dengan sembah alu-aluan oleh Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar.

 

Pada majlis berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia  berkenan mengurniakan titah.

 

Sejurus selepas itu, Kebawah DYMM berkenan menyempurnakan pengurniaan ijazah kepada 234 graduan mengikut bidang masing-masing, iaitu tiga graduan dianugerahkan dengan Ijazah Doktor Falsafah Perguruan Ugama dalam bidang bahasa Arab dan pendidikan; 11 graduan menerima Ijazah Sarjana Perguruan Ugama dalam bidang pendidikan Islam, bidang Syariah dan bidang Usuluddin; 53 graduan dianugerahkan Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah; manakala lapan graduan dalam program Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah (pengajaran bahasa Arab bagi penutur bukan Arab).

 

Selain itu, 71 graduan dalam program Sarjana Muda Perguruan Ugama Pendidikan Islam dengan 'minor' tertentu termasuk 'minor' dalam akhlak dan Tasawuf Ahli Sunnah Waljama'ah, bimbingan dan kaunseling, dakwah dan kepimpinan, falsafah dan pemikiran Islam, inovasi dan teknologi pendidikan Islam, keusahawanan dalam pendidikan Islam, kewangan Islam dalam pendidikan Islam, pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan keluarga Islam, pendidikan khas, pendidikan Melayu Islam Beraja, pendidikan sains kesihatan dan minor dalam pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah.

 

Manakala, 76 graduan dalam program Diploma Tertinggi Perguruan Ugama Pendidikan Islam; dan 12 graduan dalam program Diploma Pengajian dalam bidang-bidang pengkhususan termasuk Diploma pengajian seni Al-Quran; Diploma Pengajian Fiqh Usrah; Diploma Pengajian Kemahiran Jawi dan Kaligrafi; dan Diploma pengajian kitab Turath.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan.

 

Sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Perguruan Ugama di Negara Brunei Darussalam, KUPU SB bertanggungjawab melahirkan pendidik dan pemimpin bertakwa, berwibawa, berakhlak mulia, berdaya saing, berpengetahuan, berfikiran terbuka, berkemahiran tinggi dan komited.

 

Oleh itu, setiap pelajar yang akan menjadi pendidik dipastikan untuk mendapatkan seluruh ilmu, adab dan kemahiran yang diwajibkan bagi memenuhi keperluan abad ini dan sentiasa bersedia dengan segala perubahan dengan sentiasa memegang kukuh ajaran agama Islam, iaitu berpandukan Ahli Sunnah Waljamaah dan menjaga falsafah negara, Melayu Islam Beraja.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

Passport E-Gates Back Online After Outage Causes Delays At UK Airports

 2024-05-09 00:32:10