Home > School
Kedutaan Qatar Sumbang 150 Buku
October 19th, 2023 | 07:29 AM | 4717 views
TUNGKU LINK
Sebanyak 150 buah buku merangkumi 31 judul telah disumbangkan oleh Kedutaan Qatar di Negara Brunei Darussalam (NBD) kepada Perpustakaan Universiti Brunei Darussalam, hari ini.
Buku-buku tersebut akan menyediakan akses kepada pelajar dan pengguna kepada pilihan buku-buku Arab yang terdiri daripada sastera Islam, ekonomi dan sejarah.
Majlis Penyerahan Sumbangan disempurnakan oleh Charge de Affaire's a.d. interim of the Embassy of The State of Qatar, Mohammed Abdulrahman M.A. Al-Jufairi yang kemudian diterima oleh Naib Canselor UBD, Dr. Hazri bin Haji Kifle.
Sumbangan buku itu menandakan hubungan mesra dalam pendidikan, kebudayaan dan kesenian antara NBD dan Qatar. Buku-buku tersebut adalah untuk memperkayakan sumber pembelajaran yang terdapat di Perpustakaan UBD dan membolehkan lebih ramai pembaca tempatan memahami dan mempelajari tentang Qatar.
UBD mempunyai koleksi buku yang pelbagai, termasuk sumbangan terbaharu dari Bangladesh, Kanada, China, Perancis, Jerman, Indonesia, Iran, Oman, Thailand dan Türkiye.
Jika awda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang menyertai Perpustakaan UBD, sila hubungi '[email protected]'atau '[email protected]'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]