Home > School
2 Pelajar UNISSA Berlepas Ke Casablanca, Maghribi
October 20th, 2023 | 08:44 AM | 6208 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dua pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab dan Terjemahan daripada Fakulti Bahasa Arab (FBA), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) iaitu Nazatul Afiqah binti Junit dan Nuraisha binti Abdul Aziz berlepas ke Casablanca, Maghribi untuk memulakan pembelajaran selama setahun di Mohammed V University di Rabat, Maghribi di bawah Program Tamayyuz (Study Abroad Programme - SAP).
SAP merupakan usaha UNISSA dalam memberi peluang kepada para penuntutnya untuk mendapatkan pengalaman pendidikan yang lebih luas di luar dan membangunkan kemahiran profesional mereka seperti komunikasi, kesedaran diri dan keyakinan di uar negara.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat belayar ialah Dekan FBA, Dr. Hajah Rafidah binti Haji Abdullah; Timbalan Dekan, Dr. Hajah Norhayati binti Haji Abdul Karim; Ketua Program Prasiswazah serta Penyelaras At-Tamayyuz FBA, Dr. Hajah Rafizah binti Haji Abdullah; serta pensyarah FBA, Kujaimah binti Haji Abdul Kahar.
Pihak FBA sangat berbangga dengan pencapaian kedua-dua pelajar berkenaan dan berharap pengalaman yang bakal mereka peroleh di Maghribi dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya agar menjadikan mereka sebagai individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]