Home > School
Sekolah Menengah Chung Hwa BSB johan Festival Netball Shooting
Foto : Azmah Haji Ahad
October 30th, 2023 | 09:11 AM | 8572 views
BERAKAS
Sekolah Menengah Chung Hwa Bandar Seri Begawan (BSB) merangkul johan pada Festival Netball Shooting Sekolah-sekolah Rendah Brunei Darussalam Kali Ke-2 Tahun 2023 yang diadakan di Dewan Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3C), Kampung Lambak Kanan, di sini, pagi tadi.
Sementara itu, naib johan disandang oleh Sekolah Rendah Haji Mohd Jaafar Maun, Kiulap; dan tempat ketiga dimenangi bersama oleh Sekolah Rendah Pengiran Anak Puteri Besar, Sungai Kebun dan Sekolah Rendah Pengkalan Batu, Limau Manis.
Pada perlawanan peringkat akhir menyaksikan Sekolah Menengah Chung Hwa BSB berjaya mengalahkan Sekolah Rendah Haji Mohd Jaafar Maun, Kiulap dengan kutipan mata 90-60. Sementara Ayana Lim Li Qiao dari Sekolah Menengah Chung Hwa BSB juga turut dinobatkan sebagai penjaring terbaik.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang, Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Julaihi bin Mohamad / Mohamat.
Festival Netball Shooting Sekolah-sekolah Rendah Brunei Darussalam Kali Ke-2 Tahun 2023 adalah anjuran Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Jasmani dan Rekreasi, Jabatan Pendidikan Kokurikulum diadakan selama tiga hari iaitu pada 22, 27 dan 29 Oktober 2023.
Seramai 406 murid perempuan daripada 58 pasukan / sekolah yang terdiri daripada sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta serta sekolah di bawah kawalan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama menyertai festival berkenaan.
Antara tujuan ia diadakan adalah untuk menggalakkan penyertaan melalui 'play and learn' sukan bola jaring dalam kalangan para pelajar peringkat rendah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Khartini Hamir
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]