FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Proaktif Pantau, Cari Asnaf Zakat


Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Ak. Mohd. Aminol Adi Adzrie Pg. Haji Nikman

 


 November 5th, 2023  |  08:32 AM  |   70 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah mengenai dengan kutipan jumlah zakat setakat ini dan berapa banyak telah diagihkan kepada asnaf-asnaf yang berhak serta bagaimana cara pengagihan dibuat.

 

Titah baginda, adakah semata-mata menunggu pemohon untuk memohon atau ada usaha proaktif untuk memantau atau mencari sendiri ahli-ahli asnaf yang berhak menerima zakat.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menegaskan perkara tersebut semasa mengadakan Keberangkatan Tidak Berjadual ke Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) di Jalan Menteri Besar pagi tadi.

 

Mengenai asnaf fakir miskin yang memohon, baginda bertitah, ada kedengaran mereka itu menunggu jawapan sangat lama sedang mereka memerlukannya segera. Begitu juga asnaf lain seperti Al-Gharimin, ada yang menunggu sampai berbulan atau mengandat tahun untuk mendapat jawapan sama ada diluluskan permohonan mereka ataupun tidak.

 

“Mengapakah begitu lama sekali menunggu? Sepatutnya menunggu lama-lama tidak berbangkit jika dalam tangan sudah sedia ada panduan yang menggariskan kategori-kategori mereka yang berhak atau tidak berhak sebagai penerima.

 

“Jika ini sudah ada, rasanya tidak lagi berbangkit pemohon menunggu lama-lama atau mesti berulang alik ke pejabat untuk bertanyakan permohonan mereka," tegas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Adapun dalam titah baginda mengenai langkah proaktif untuk memantau atau mencari orang-orang yang berhak menerima zakat adalah suatu perkara yang munasabah, memandangkan terdapatnya orang-orang yang mungkin berhalangan untuk tampil memohon kerana sebab-sebab tertentu seperti warga emas yang tidak berupaya untuk memohon, golongan yang tidak tahu bagaimana untuk memohon, golongan yang tidak tahu adanya Baitulmal tempat memohon, golongan yang tidak ada kemudahan untuk memohon, golongan yang gagal mendapatkan pertolongan daripada ketua kampung untuk memohon. Semua ini boleh saja berlaku sama ada disedari ataupun tidak.

 

“Kata kita, ketua kampung adalah boleh menunggu, betul tetapi ada juga berlaku ketua kampung tidak peduli atau ada anak buah kampung yang memohonkan pertolongan daripada ketua kampung tetapi ketua kampung mencipta-cipta alasan tidak dapat menolong atau terus-terus sahaja memutuskan bahawa anak buah yang memohon itu tidak layak untuk memohon. Ini biasa berlaku, bukan tidak berlaku.

 

“Adakah perkara seperti ini pernah turut didengar atau diketahui oleh pihak pengelola zakat dan jika pernah, inilah alasan makanya pihak berkenaan itu perlu bergerak untuk memantau atau mencari sendiri orang-orang yang berhak menerima zakat khasnya di ceruk-ceruk terpencil pedalaman dan seumpamanya," tambah baginda lagi.

 

Terdahulu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah, Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat (BAKAZ), Jabatan Majlis Ugama Islam, KHEU telah pun dinaik taraf menjadi sebuah jabatan yang dinamakan Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal bermula 1 Muharam 1445 bersamaan 19 Julai 2023.

 

Titah baginda, setelah menjadi jabatan, urus tadbir mengenai zakat akan berjalan lebih lancar dan teratur terutama di BAKAZ.

 

Di samping itu, tegas baginda, pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri juga perlu mengambil tahu akan tatacara ketua-ketua kampung dan penghulu-penghulu mukim menjalankan tugas untuk kebajikan anak buah kampung masing-masing.

 

Titah baginda, jangan sampai ada ketua hanya nama ketua sahaja tanpa menyumbang khidmat kepada anak buah masing-masing.

 

“Kita mengadakan jawatan ketua ialah untuk jadi 'indung' kepada rakyat dan penduduk setiap kampung, bukannya untuk jadi tuan yang tidak bersedia untuk menggalas tugas dan tanggungjawab.

 

“Selaku 'indung' atau ketua, bukanlah tahan-tahan menunggu sahaja tetapi perlu proaktif untuk mengetahui sendiri kesusahan-kesusahan para anak buah kampung. Inilah namanya amanah untuk ditunaikan, bukan diabaikan," tegas baginda.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Rohani Haji Abdul Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07