FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Berkenan Berangkat Mengalu-Alukan Ketibaan Presiden Republik Demokratik Timor-Leste


Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Sahrizal Haji Said, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 November 7th, 2023  |  09:03 AM  |   94 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menerima mengadap Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, Tuan Yang Terutama Dr. José Ramos-Horta berserta rombongan dalam siri Lawatan Negara ke Negara Brunei Darussalam (NBD).

 

Terdahulu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, berangkat bersama Tuan Yang Terutama Presiden Republik Demokratik Timor-Leste dari The Empire Brunei menuju ke Istana Nurul Iman.

 

Kedatangan TYT Presiden Republik Demokratik Timor-Leste diraikan dengan pengibaran bendera oleh hampir 2,000 penuntut sekolah di sepanjang jalan menuju ke Istana Nurul Iman.

 

Setelah sampai di perkarangan Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat mengalu-alukan ketibaan TYT Presiden Republik Demokratik Timor-Leste dan seterusnya bersama-sama dengan TYT naik ke Pentas Khas untuk menerima Tabik Hormat diiringi dengan Lagu Kebangsaan Republik Demokratik Timor-Leste, iaitu Patria diikuti Lagu Kebangsaan NBD 'Allah Peliharakan Sultan' serta 21 das tembakan meriam.

 

Kedua-dua pemimpin seterusnya beredar untuk memeriksa barisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada seramai 111 anggota Tentera Darat Diraja Brunei yang diketuai oleh Mejar Mohd. Hamdillah Najri bin Haji Jefri sementara gabungan pasukan pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) disertai seramai 59 anggota.

 

TYT Presiden Republik Demokratik Timor-Leste kemudiannya diperkenalkan kepada paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

 

Selain itu, TYT Presiden Republik Demokratik Timor-Leste juga diperkenalkan kepada Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria; Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia; Menteri-menteri Kabinet; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Di-Raja; Timbalan-timbalan Menteri; Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei; Pemerintah ABDB; Ketua-ketua Perwakilan Asing di NBD; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara; dan Setiausaha-setiausaha Tetap dari Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

 

Kebawah DYMM kemudiannya disembahkenalkan kepada ahli-ahli rombongan TYT Presiden Republik Demokratik Timor-Leste termasuk Vice-Prime Minister and Minister Coordinator for Economic Affairs and Minister of Tourism and Environment; dan Minister for Foreign Affairs and Cooperation.

 

Lawatan negara TYT Presiden Republik Demokratik Timor-Leste kali ini merupakan julung-julung kalinya ke NBD setelah dilantik menjadi Presiden sejak 2022.

 

Adapun hubungan diplomatik kedua-dua buah negara mula terjalin pada 20 Mei 2002, iaitu hari kemerdekaan bagi Republik Demokratik Timor-Leste menerusi kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan dan latihan serta perkhidmatan udara.

 

Justeru itu, dengan adanya lawatan seumpama berkenaan akan terus mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua buah negara dan diharap akan dapat meneroka kerjasama baharu demi kepentingan kemajuan NBD dan Republik Demokratik Timor-Leste pada masa akan datang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07