Home > Breaking News
Berkenan Menerima Mengadap Presiden Republik Demokratik Timor-Leste
Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Sahrizal Haji Said, Muhammad Asri Haji Awang Abas
November 7th, 2023 | 09:07 AM | 89 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, Tuan Yang Terutama Dr. José Ramos-Horta berserta rombongan yang diadakan di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman bersempena Lawatan Negara Tuan Yang Terutama Presiden Republik Demokratik Timor-Leste.
Berangkat sama ke Majlis Mengadap tersebut, paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan ahli-ahli kerabat Diraja yang lain.
Sementara rombongan Republik Demokratik Timor-Leste pula dihadiri oleh Vice-Prime Minister and Minister Coordinator for Economic Affairs and Minister of Tourism and Environment dan Minister for Foreign Affairs and Cooperation.
Setelah itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya mengadakan Majlis Perjumpaan Empat Mata dengan Tuan Yang Terutama Presiden Republik Demokratik Timor-Leste yang berlangsung di Cheradi Ratna Kenchana, Istana Nurul Iman.
Semasa Majlis Perjumpaan Empat Mata itu, kedua-dua pemimpin berbincang bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Demokratik Timor-Leste, serta isu-isu yang berkepentingan bersama kepada kedua-dua buah negara.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]