FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


Program Tingkatkan Kesedaran Guru, Pelajar Mengenai Kesihatan Reproduktif


Foto: Hernie Suliana Haji Othman

 


 November 10th, 2023  |  09:46 AM  |   9158 views

TUTONG

 

Pusat Promosi Kesihatan (PPK), Kementerian Kesihatan, dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, menganjurkan Bengkel Kesihatan Reproduktif Bagi Guru-Guru Sains Sekolah Menengah 2023 bertempat di Pusat Tingkatan Enam, Tutong.

 

Bengkel diisikan dengan sesi taklimat bertajuk 'Remaja dan Kesihatan Reproduktif Di Negara Brunei Darussalam' disampaikan oleh Pegawai Perubatan Kanan, PPK, Dr. Hajah Norol-Ehsan binti Haji Abdul Hamid.

 

Manakala, taklimat bertajuk 'Kehamilan Remaja' disampaikan oleh Ketua Perkhidmatan Kesihatan Ibu, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Pengiran Dr. Hajah Roserahaini binti Pengiran Haji Idros.

 

Bengkel selama dua hari berkenaan diadakan antara lain dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan guru sekolah dan pelajar mengenai kesihatan reproduktif (seksual), selain membincangkan pedagogi dan teknik pengajaran berkesan yang akan digunakan oleh guru Sains sebagai bahan pendidikan kepada pelajar, termasuk pelan pengajaran.

 

Selain itu, ia juga untuk menggalakkan pertukaran pandangan dan perkongsian pengalaman pengajaran dalam kalangan guru Sains dan fasilitator mengenai kesihatan reproduktif.

 

Seramai 30 guru mata pelajaran Sains Tahun 8 daripada sekolah-sekolah kerajaan dan swasta di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) menyertai bengkel berkenaan bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang pelbagai dan kolaboratif.

 

Pada 2016, maklumat mengenai hubungan seksual dan kehamilan remaja diintegrasikan dalam kurikulum Sains bagi sekolah menengah, dengan inisiatif untuk melengkapkan guru Sains dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam menyampaikan maklumat penting kepada pelajar.

 

Sebagai sebuah Negara Zikir, isu-isu kesihatan reproduktif (seksual) dalam kalangan remaja masih menjadi kebimbangan besar. Remaja sekarang perlu menghadapi pelbagai cabaran semasa era digital ini. Di antara kesan era digital ialah peningkatan risiko perilaku remaja terhadap kesihatan reproduktif dan keseluruhan kesihatan mereka.

 

PPK telah mengemas kini kandungan mengenai kesihatan reproduktif dan menghasilkan tiga video animasi yang memberi tumpuan kepada jangkitan hubungan seksual, kehamilan remaja, dan menahan diri.

 

Video-video berkenaan diterapkan ke dalam sukatan mata pelajaran Sains bagi pelajar Tahun 8 bagi memberikan maklumat yang lebih komprehensif kepada guru dan pelajar.

 

Bengkel seumpamanya mencerminkan komitmen Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan KHEU, untuk mengatasi cabaran yang berkembang berkaitan dengan kesihatan reproduktif remaja di era digital.

 

Inisiatif berkenaan diharap dapat memupuk generasi yang lebih sihat dan berpengetahuan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hernie Suliana Haji Othman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06