Home > Sports
Peserta NBD sertai Asia Triathlon Cup Kota Kinabalu
November 12th, 2023 | 09:01 AM | 8124 views
KOTA KINABALU, MALAYSIA
Seramai lebih daripada 10 peserta dari Negara Brunei Darussalam (NBD) telah ikut serta dalam acara Asia Triathlon Cup yang dianjurkan oleh X Multi Sport yang berlangsung Prince Philip Park, Tanjung Aru, Kota Kinabalu.
Kategori acara yang dipertandingkan adalah Super Sprint dan Sprint Triathlon yang mana dalam acara ini peserta dikehendaki membuat tiga disiplin sukan iaitu berenang sejauh 750m, berbasikal 20km dan berlari sejauh 5km dalam masa yang sama.
Peserta NBD telah berjaya dinobatkan sebagai naib juara pada Kategori Sprint Triathlon (Umur 30-39 Tahun) iaitu Awang Abdul Afiq Rafiuddin bin Haji Samsudin dengan catatan masa 1 jam 18 minit 51 saat, manakala tempat ketiga disandang oleh Awang Khairul Amirul bin Mohd. Adnani dengan catatan masa 1 jam 23 minit 36 saat.
Sementara itu, bagi Kategori Sprint Triathlon (Umur 40 Tahun ke atas), peserta NBD di tempat ketiga iaitu Awang Khairul Amirul bin Mohd. Adnani dengan catatan masa 1 jam 23 minit 36 saat dan bagi Kategori Sprint Triathlon (Men Relay), naib johan disandang oleh Team Anak Panyu iaitu Awang Baharuddin Nordin dan Awang Ali Nordin dengan catatan masa 1 jam 23 minit 19 saat.
Tujuan menyertai acara ini adalah untuk bergiat aktif dalam bidang sukan bagi memelihara kesihatan fizikal dan mental. Selain, memupuk semangat kesukanan, silaturahim, setia kawan serta semangat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]