Home > Sports
Kejohanan Bola Sepak Antara Cawangan PPDB
November 12th, 2023 | 09:44 AM | 8275 views
GADONG
Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MSPDB) telah mengadakan Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Sepak antara cawangan bagi Pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).
Kejohanan ini telah berlangsung sejak 20 September 2023 bertempat di padang bola Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Gadong.
Hadir selaku tetamu kehormat, Pesuruhjaya Polis, PPDB, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali dan juga turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, PPDB, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin.
Antara yang hadir menyaksikan perlawanan akhir berkenaan, Pengerusi-pengerusi Cawangan PPDB, Pegawai pegawai dan juga anggota PPDB.
Perlawanan akhir berkenaan menyaksikan pertemuan antara Pasukan Pesuruhjaya Polis (PJP) dan Cawangan 'A'.
Juara bagi perlawanan yang sengit tersebut adalah Pasukan PJP dengan jaringan 5 - 3.
Selesai perlawanan, tetamu kehormat majlis berkesudian menyampaikan hadiah kepada Pemain Terbaik, Insp Norfaez bin Awang Sayang.
Manakala Penjaga Gawang Terbaik, Insp Nyaring anak Jaya dan juga Penjaring Terbanyak disandang oleh DSP Mohd 'Izzuddin Hanis bin Haji Mohd Salleh.
Seterusnya penyampaian piala kepada juara bagi Kejohanan Liga yang disandang oleh Pasukan PJP.
Akhir sekali penyampaian hadiah dan piala bagi Kejohanan Piala Pesuruhjaya Polis iaitu tempat ketiga kepada Cawangan 'B', naib juara kepada Cawangan 'A' dan Pasukan PJP selaku juara bagi kejohanan tersebut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]