Home > Sports
Penggantungan Presiden, Penamatan Perkhidmatan Setiausaha Agung FABD
November 17th, 2023 | 08:51 AM | 8847 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) hari ini mengumumkan bahawa FABD memutuskan untuk menggantung Presiden FABD, Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan daripada melaksanakan tugasnya sebagai Presiden berkuat kuasa serta-merta.
Jawatankuasa Eksekutif seterusnya mengumumkan penamatan perkhidmatan Awang Mohammad Shahnon bin Mohd. Haji Salleh sebagai Setiausaha Agung FABD berkuat kuasa 15 November 2023.
Jawatankuasa Eksekutif membuat keputusan berkenaan mengikut Perkara 17 mengenai penggantungan dalam Perlembagaan FABD bahawa 'Kongres Bertanggungjawab Untuk Menggantung Ahli'.
Jawatankuasa Eksekutif walau bagaimanapun, menggantung ahli yang secara serius menyalahgunakan kewajipannya sebagai ahli berkuat kuasa serta-merta.
Penggantungan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif akan berlangsung sehingga kongres yang akan datang, melainkan Jawatankuasa Eksekutif menarik balik dalam masa yang sama.
Sementara itu, FABD mengumumkan bahawa pemilihan FABD dan kongres yang dijadualkan pada 18 November 2023 ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]