FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


110 Pelajar NLP Diraikan Pada Majlis Konvokesyen, Pesta Pendidikan


Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 


 November 17th, 2023  |  09:31 AM  |   8968 views

BERAKAS

 

Seramai 110 pelajar tadika daripada Sekolah Nusa Laila Puteri (NLP)  Cawangan Jangsak, Kiulap; Sungai Buloh dan Tanjong Bunut petang tadi diraikan pada Majlis Konvokesyen dan Pesta Pendidikan Ke-45 yang diadakan di Dewan Mahkota, Pusat Membeli-Belah Times Square, Berakas, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pemangku Pengarah Muzium, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus.

 

Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diikuti dengan bacaan Doa Selamat yang dikepalai oleh Awang Haji Abdul Azim bin Haji Zainal.

 

Ketua Pentadbir Sekolah, Pengiran Haji Amir Khalid Abdul Aziz bin Prof. Dr. Pengiran Haji Amir Mohd. Yussof dalam ucapan alu-aluannya mengongsikan majlis berkenaan diadakan bagi memberi penghargaan atas kejayaan dan pencapaian para pelajar dalam bidang akademik.

 

Pada masa yang sama, beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para ibu bapa pelajar dan guru-guru yang banyak menyumbang kepada kejayaan pelajar di sekolah berkenaan berkat keprihatinan dan pengorbanan mereka.

 

Pengiran Haji Amir Khalid Abdul Aziz seterusnya menasihatkan para pelajar untuk terus meningkatkan usaha pada masa akan datang kerana kejayaan yang dicapai pada hari ini adalah permulaan bagi menempuhi pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi nanti.

 

Acara turut diserikan dengan persembahan pentas daripada para pelajar Sekolah NLP daripada setiap cawangan.

 

Diikuti dengan penyampaian sijil kepada para graduan kecil Tadika 3 serta penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang kelas Tadika 2 dan Tadika 3 yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

 

Acara kemudiannya diakhiri dengan persembahan nyanyian daripada para graduan kecil yang bertajuk 'Selamat Berpisah' dan 'Atouna El Toufoule'.

 

Majlis berkenaan adalah aktiviti akhir tahun persekolahan bagi para pelajar yang akan menamatkan pembelajaran mereka di peringkat tadika dan akan memasuki peringkat rendah pada tahun hadapan.

 

Sekolah NLP memainkan peranan yang sangat penting dalam memberikan pendidikan yang berkualiti di Negara Brunei Darussalam, dan telah pun menjangkau usia lebih kurang 40 tahun dan insyaaAllah akan meneruskan usahanya dalam mendidik anak-anak bangsa agar menjadi rakyat yang berilmu, berpendidikan dan berakhlak mulia.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Syiaruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06