FacebookInstagramTwitterContact

 

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing           >>           Mexican Marigold Essential Oil Holds Potential As Powerful Natural Herbicide           >>           Medicinal Benefits Of Cinnamon           >>           Crocodile’s Head Pops Up In Puddle Outside Buckinghamshire Village           >>           You Wouldn’t Believe Some Of The Things Water Companies Find In UK’s Sewers           >>           'Buzzing' Rocket Valve Pushes 1st Astronaut Launch Of Boeing's Starliner Capsule To May 10           >>           Apple Pencil Pro adds squeeze, roll and haptic feedback to its bag of tricks           >>           Substack is trying to lure TikTok stars to its platform           >>           The UK's Ministry of Defence was hacked, and the country is reportedly blaming China           >>           United States Youth Keyrol Figueroa Signs Deal At Liverpool           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Kebawah DYMM Akan Berangkat Ke Tokyo, Jepun


 


 December 12th, 2023  |  12:53 PM  |   144 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat ke Tokyo, Jepun untuk menghadiri Sidang Kemuncak Komemoratif bagi Memperingati Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun pada 15 hingga 17 Disember 2023.

 

Semasa di Tokyo nanti, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijangka akan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara berasingan bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharaja Naruhito, Maharaja Jepun dan Perdana Menteri Jepun, Tuan Yang Terutama Fumio Kishida.

 

Manakala Sidang Kemuncak Komemoratif – yang diadakan bersempena dengan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Dialog ASEAN-Jepun pada tahun 2023 – akan dipengerusikan bersama oleh Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Joko Widodo selaku Pengerusi ASEAN tahun ini dan Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Jepun serta dihadiri oleh para Pemimpin ASEAN yang lain.

 

Ianya dijangka akan meluluskan visi baharu dalam mengukuhkan dan meningkatkan hubungan Perkongsian Strategik Komprehensif diantara ASEAN dan Jepun bagi memastikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di Asia Tenggara.

 

Sejak penubuhan Hubungan Dialog ASEAN-Jepun pada tahun 1973, hubungan ASEAN-Jepun telah mencapai kemajuan yang signifikan termasuk penubuhan Pusat ASEAN-Jepun dan Dana Integrasi Jepun-ASEAN (JAIF), masing-masing pada bulan Mei 1981 dan Mac 2006, serta Program Pertukaran Rangkaian Pelajar dan Belia Jepun-Asia Timur (JENESYS).

 

Untuk meraikan kejayaan ini, ASEAN dan Jepun bersetuju untuk menetapkan tahun ini sebagai tahun memperingati 50 tahun hubungan persahabatan dan kerjasama ASEAN-Jepun, dan menggalakkan pertukaran antara rakyat dan mengadakan pelbagai acara serta program pertukaran dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, budaya, pertukaran belia dan pelancongan di sepanjang tahun.

 

Pada Sidang Kemuncak Komemoratif bagi Memperingati Ulang Tahun Ke-40 Hubungan Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun yang diadakan pada 14 Disember 2013 di Tokyo, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selaku Pengerusi ASEAN pada tahun 2013 bersama para pemimpin ASEAN dan Jepun lainnya meluluskan Vision Statement on ASEAN-Japan Friendship and Cooperation and its Implementation Plan yang mempromosikan kerjasama berdasarkan empat tunjang iaitu 'Partners for Peace and Stability', 'Partners for Prosperity', 'Partners for Quality of Life', dan 'Heart-to-Heart Partners'.

 

Pada masa yang sama, Kenyataan Bersama mengenai Isu Serantau dan Global juga telah diluluskan bagi menangani cabaran-cabaran serantau dan global serta isu-isu yang berkepentingan bersama di antara ASEAN dan Jepun.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing

 2024-05-08 09:13:10

Nintendo Switch 2: Official Announcement Promised Within Next Year

 2024-05-08 07:15:56