FacebookInstagramTwitterContact

 

Blood Donation Campaign           >>           'Operasi Kabat'           >>           Seoul International Travel Fair           >>           Leaves for Republic Of Singapore           >>           Hari Raya Goodwill Visit           >>           Media Conference on Voting and Election for Village Head Candidates           >>           ICT Workshop           >>           Express Mail Service Cooperative Customer Care Award           >>           Goodwill Visit           >>           Announce Appointment           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


KDB AL-FARUQ Kukuhkan Kerjasama Pertahanan NBD - Singapura


Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Masri Osman, Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 December 14th, 2023  |  09:29 AM  |   218 views

MUARA

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi berkenan berangkat ke Upacara Pentauliahan Kapal Peronda Kapal Diraja Brunei (KDB) AL-FARUQ yang berlangsung di Jeti Bravo, Pangkalan Tentera Laut Muara, di sini.

 

Upacara Pentauliahan Kapal Peronda KDB AL-FARUQ tersebut diadakan dan diselenggarakan dengan Program Pemimpin-pemimpin Muda Ke-9 di antara Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Republik Singapura, yang dihoskan oleh NBD pada tahun ini.

 

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota di Jeti Bravo dijunjung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; Pemangku Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Kapten Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin, TLDB.

 

Program Pemimpin-pemimpin Muda Ke-9 dari Republik Singapura diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Tuan Yang Terutama Lawrence Wong.

 

Ahli-ahli rombongan termasuk Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean; Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Tenaga Manusia, Tuan Yang Terutama Zaqy Mohamad; Setiausaha Tetap (Pertahanan), Tuan Chan Heng Kee; dan Pemerintah Tentera Laut Republik Singapura (TLRS), Laksamana Muda Sean Wat Jianwen.

 

Upacara tersebut dimulakan dengan Duli Yang Teramat Mulia menerima Tabik Hormat Diraja dan seterusnya memeriksa Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada 109 anggota TLDB diketuai oleh Leftenan Komander Mohammad Shahrul Idham bin Haji Bongsu, TLDB.

 

DYTM seterusnya dijunjung berangkat ke Dais Pentauliahan, di mana bacaan Surah Al-Fatihah telah dibacakan oleh Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMAAT), Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar.

 

DYTM kemudian berkenan mengurniakan Sabda Pentauliahan dan mengurniakan Commissioning Pennant kepada KDB AL-FARUQ yang diterima oleh Pegawai Pemerintah KDB AL-FARUQ, Leftenan Komander Khairul Anwar bin Pengiran Haji Abu Bakar, TLDB.

 

Upacara diteruskan dengan pengibaran Commissioning Pennant dan panji-panji TLDB di atas KDB AL-FARUQ yang diiringi dengan lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

 

Kemudian DYTM dijunjung bagi tinjauan ke kapal KDB AL-FARUQ, sejurus laungan Azan yang dikumandangkan oleh Leftenan Ahmad Zubair bin Abdul Nasir dan Doa Selamat dibacakan oleh Pemangku Pengarah JAMAAT bagi memberkati pentauliahan KDB AL-FARUQ.

 

Upacara Pentauliahan KDB AL-FARUQ berakhir dengan sesi bergambar ramai dan seterusnya DYTM berkenan berangkat ke Mes Pegawai TLDB bagi sesi eksekutif bersama rombongan Pemimpin-pemimpin Muda Ke-9 dari Republik Singapura dan pemimpin-pemimpin utama Kementerian Pertahanan, Angkatan Bersenjata dan Tentera Laut NBD dan Republik Singapura dan diteruskan dengan Majlis Santap Tengah Hari.

 

Penyerahan kapal peronda milik TLRS tersebut yang sebelum ini dikenali sebagai RSS DAUNTLESS adalah tanda penghargaan dan persahabatan hasil dari kerjasama erat di antara Angkatan Bersenjata dan Tentera Laut NBD dan Republik Singapura.

 

Perkataan AL-FARUQ yang dipilih dari bahasa Arab yang membawa maksud berani adalah merupakan salah satu nilai teras ABDB dan menjadi elemen penting bagi TLDB. Sifat ini juga membina perwatakan yang berintegriti tinggi dalam mempertahankan kedaulatan maritim NBD.

 

Upacara pentauliahan KDB AL-FARUQ menandakan selesainya Projek Patrol Vessel Transfer di antara TLDB dan TLRS, yang melibatkan penyerahan dua buah kapal TLRS jenis Fearless-Class Patrol Vessel di mana kapal peronda pertama iaitu Kapal Peronda KDB AS-SIDDIQ telah pun ditauliahkan pada 21 Mac 2023.

 

Kejayaan usaha ini merupakan peristiwa yang signifikan dan bermakna dalam meningkatkan dan mengukuhkan usaha kerjasama dan diplomasi pertahanan di antara NBD dan Republik Singapura, yang juga menjadi lakaran bersejarah di dalam perkembangan TLDB khususnya, dan ABDB amnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

Nintendo Switch 2: Official Announcement Promised Within Next Year

 2024-05-08 07:15:56