FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Berangkat Hadiri Acara Riadah Pagi


Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Masri Osman

 


 December 15th, 2023  |  11:43 AM  |   370 views

TEMBURONG

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menghadiri Acara Riadah Pagi sempena Program Pemimpin-pemimpin Muda Kali Ke-9, yang memuatkan lawatan ke Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien dan Riadah Berjalan Kaki serta Majlis Santap Pagi di The Abode Resort and Spa, Kampung Perdayan, Daerah Temburong.

 

Acara Riadah Pagi bermula dengan keberangkatan lawatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri bersama-sama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lawrence Wong dan isteri, Puan Loo Tze Lui serta delegasi Republik Singapura ke Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien.

 

Berangkat sama, paduka-paduka adinda Duli Yang Teramat Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Juga berangkat ialah paduka-paduka anakanda DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa' Raihaanul Bolkiah.

 

Keberangkatan tiba DYTM dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri di Jambatan Menara Berkembar, Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien dijunjung oleh Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Amin Liew bin Abdullah; dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

 

Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien adalah salah sebuah mercu tanda penting di Negara Brunei Darussalam (NBD) dan juga jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dengan jarak sepanjang 26.3 kilometer.

 

Jambatan tersebut melintasi sebahagian Teluk Brunei dan menghubungkan Daerah Brunei dan Muara dengan Daerah Temburong.

 

Ia adalah salah satu usaha NBD untuk meningkatkan kesalinghubungan ASEAN dan juga menyumbang kepada meningkatkan perdagangan dan pelaburan, pembangunan serta pelancongan di NBD khasnya di Daerah Temburong. Ia mula dibukakan kepada orang ramai pada 17 Mac 2020.

 

Selesai membuat tinjauan di Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien, DYTM dan YTM berkenan berangkat bersama-sama delegasi Republik Singapura menuju ke The Abode Resort and Spa di Kampung Perdayan, Daerah Temburong.

 

Keberangkatan tiba DYTM dan YTM di The Abode Resort and Spa dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos; Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-undang) di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu; Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir selaku Ketua Kampung Labu Estate dan Kampung Piasau-piasau, Mukim Labu dan Pegawai Daerah Temburong, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim serta Ketua Pegawai Eksekutif The Abode, Resort & SPA, Lim Wei Siu dan Pengarah Urusan The Abode, Resort & SPA, Richard Ting.

 

Delegasi dari NBD dan Republik Singapura seterusnya membuat riadah berjalan kaki di The Abode Resort and Spa dan menyaksikan persembahan kebudayaan dan silat bagi mengalu-alukan ketibaan rombongan.

 

Sejurus kemudian, DYTM dan YTM berangkat bersama-sama Tuan Yang Terutama dan isteri serta delegasi daripada kedua-dua buah negara bagi menghadiri Majlis Santap Pagi.

 

DYTM dan TYT juga menandatangani Lembaran Kenangan sempena Program Pemimpin-pemimpin Muda Ke-9.

 

Program Pemimpin-pemimpin Muda adalah pertukaran lawatan tahunan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura di mana Negara Brunei Darussalam adalah selaku tuan rumah pada tahun ini.

 

Program ini juga mencerminkan hubungan dua hala yang kukuh dan erat antara kedua-dua negara yang merangkumi kerjasama dalam bidang pertahanan, kewangan, perdagangan dan pelaburan serta pendidikan dan juga meneroka bidang baharu yang mempunyai kepentingan bersama seperti keselamatan makanan, tenaga hijau dan perubahan iklim.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30