Home > Breaking News
Berangkat Menandatangani Book Of Condolence
December 21st, 2023 | 13:18 PM | 1434 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Pemangku Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, selaku wakil Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berangkat menandatangani Book of Condolence di Kediaman Rasmi Kedutaan Kuwait ke Negara Brunei Darussalam, berikutan dengan kemangkatan His Highness Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah pada 16 Disember 2023.
Keberangkatan Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Kuwait, Mubarak Al Subaiee.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]