FacebookInstagramTwitterContact

 

Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>           Rabbit denies claims that its R1 virtual assistant is a glorified Android app           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Mempelai Pengantin Diraja sah diijabkabulkan


Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor/Morshidi, Masri Osman, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Sahrizal Haji Said, Muhammad Asri Haji Awang Abas, Muhammad Khalid Doughty, Pg. Haji Mohd. Fawzy Pg. Haji Ahmad

 


 January 12th, 2024  |  14:35 PM  |   75 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

“Kaola terima nikahnya Dayang Anisha Rosnah binti Adam dengan maharnya BND1,000 tunai."

 

Demikian lafaz kabul Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah tanda ikatan bersama Dayang Anisha Rosnah sebagai isteri yang sah pada Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja yang berlangsung di Masjid Omar 'Ali Saifuddien hari ini.

 

Istiadat yang berlangsung di hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang juga turut mendoakan semasa menerima junjung ziarah antara lain bertitah mendoakan, "Semoga Allah mengurniakan keberkatan kepada kamu berdua, semoga Allah memberkati kamu berdua dan semoga Allah menyatukan kamu berdua suami isteri dalam kebajikan".

 

Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

 

Sejurus Kebawah DYMM serta paduka-paduka anakanda dan adinda baginda duduk bersemayam di tempat yang dikhaskan, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen yang begitu segak berpakaian songket putih berangkat dengan diiringi Perhiasan Empat Duli Yang Teramat Mulia, Alat-alat Kebesaran Diraja yang dibawa oleh Awang-awang terdiri daripada 40 Sinipit, 16 Pedang dan Perisai, 16 Tumbak Bendarangan dan lapan Kabok dan Panastan.

 

Kemudian DYTM dijunjung ke ruang dalam masjid dan seterusnya duduk bersemayam di atas Kasur Namat yang dikhaskan dengan didahului Awang-awang yang membawa Dian Tunggal lalu duduk di sebelah kiri Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

 

Sebelum memulakan majlis, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Awang Mohd. Yusof menjunjung anugeraha untuk menyembahkan kepada Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris untuk menyembahkan ke hadapan majlis Kebawah DYMM bahawa Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja telah siap sedia dan mula dilaksanakan.

 

Setelah itu, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim menjunjung kurnia perkenan Kebawah DYMM untuk memulakan Akad Nikah Diraja dan seterusnya menjalankan Akad Nikah Diraja dengan seterusnya membacakan Khutbah Nikah.

 

Alhamdulillah, dengan hanya sekali Lafaz Kabul daripada DYTM Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen disahkan oleh saksi, maka diikuti dengan tembakan meriam sebanyak 17 das sebagai menandakan Akad Nikah Diraja telah sempurna dilaksanakan dan seterusnya DYTM menandatangani Borang Nikah dan selepas itu mengitar duduknya dan menghadap Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Bagi memohon keberkatan majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin.

 

Selesai bacaan Doa Selamat, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen menjunjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah DYMM dan kerabat diraja dan juga menerima junjung ziarah daripada Awang Adam bin Abdullah.

 

Setelah itu, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen berangkat balik diiringi oleh Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj dengan didahului oleh 40 Sinipit yang dibawa oleh Awang-awang, dua orang Hulubalang, Hulubalang Diraja membawa Pemuras dan Karga dan Hulubalang Asgar membawa Kelasak dan Kampilan serta Dian Tunggal yang dibawa oleh Awang-awang berjalan di hadapan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen serta diikuti oleh Perhiasan Empat DYTM dan diiringi oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Negara Pengiran Anak Haji Puteh ibni Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam dan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Haji Md. Said serta diikuti oleh Alat-alat Kebesaran Diraja yang dibawa oleh Awang-awang terdiri daripada 16 Pedang dan Perisai, 16 Tumbak Bendarangan dan lapan Kabok dan Panastan.

 

Sejurus selepas itu, Kebawah DYMM berserta paduka-paduka anakanda dan adinda baginda beredar daripada tempat duduk persemayaman dan berkenan meninggalkan Majlis.

 

Ada pun sebelum Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja dimulakan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim berjumpa Awang Adam bin Abdullah, diikuti oleh dua saksi (Begawan-begawan Pehin Khatib) dan Awang Adam meminta Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bagi menikahkan anaknya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam dengan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan seterusnya Awang Adam menandatangani Borang Nikah.

 

Pasangan mempelai Pengantin Diraja selamat diijabkabulkan untuk membina bahtera mahligai rumah tangga dan seluruh lapisan rakyat mendoakan kekal bahagia hendaknya dalam menuju keluarga sakinah mawaddah warahmah.

 

Istiadat seumpama setentunya menjadi satu lagi rentetan sejarah buat negara selain mengetengahkan dan mengekalkan istiadat kebruneian demi keutuhan budaya bangsa generasi akan datang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Ak. Jefferi Pg. Durahman, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47