FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Mempelai Diraja Berseri Di Singgahsana


Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Masri Osman, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Hernie Suliana Haji Othman, Muhammad Asri Haji Awang Abas, Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

 


 January 15th, 2024  |  08:11 AM  |   2170 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Lembaran sejarah adat istiadat diraja yang penuh keunikan, bertradisi dan ketertiban tercipta dengan berlangsungnya penuh gilang-gemilang Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di antara Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam, di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

 

Majlis istiadat tersebut dihiasi Dian Alam Bernaga dan Dian Empat dan empat Dian Bunga, yang diletakkan di tempat yang dikhaskan, termasuk dua Dian Bunga bagi Pengantin Diraja Perempuan sedia diletakkan di kiri kanan pintu Balai Singgahsana Indera Buana serta Nasi Tumpang bagi Pengantin Diraja Lelaki dan Nasi Tumpang bagi Pengantin Diraja Perempuan sedia diletakkan di tempat yang ditentukan.

 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, didahului oleh Penglima Diraja yang membawa Pemuras serta Karga, dan Penglima Asgar yang membawa Kelasak dan Kampilan serta diiringi oleh Pembawa-pembawa Alat-alat Perhiasan Tunggal.

 

Berangkat sama paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor'ain; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah serta ahli kerabat diraja yang lain.

 

Juga berangkat dan hadir tetamu-tetamu khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVI,  Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj; His Majesty King Jigme Khesar Namgyel Wangchuck, King of The Kingdom of Bhutan dan Her Majesty Queen Jetsun Pema Wangchuck, Queen of The Kingdom of Bhutan; Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Joko Widodo; Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Ferdinand Romualdez Marcos Jr. dan Madam Louise Araneta-Marcos;  Perdana Menteri Singapura, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Lee Hsien Loong dan Datin Paduka Seri Laila Jasa Madam Ho Ching dan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dan Yang Amat Berbahagia Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dato' Dr. Haji Wan Ismail.

 

Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja dimulakan dengan empat Awang-awang masuk ke dalam majlis untuk menunu Dian Empat, diikuti dengan Kasur Namat, yang dibawa masuk ke dalam majlis dan diletakkan di tengah-tengah Dian Empat oleh dua Awang-awang dengan penuh adat serta tertibnya.

 

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan seterusnya menjunjung anugeraha untuk menyembahkan kepada Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, bahawa Istiadat Menjunjung untuk mengambil kedua-dua Pengantin Diraja telah siap sedia.

 

YAM Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib kemudian menyembahkan untuk menjunjung titah ke hadapan majlis Kebawah DYMM bagi Istiadat Menjunjung Pengantin Diraja Perempuan.

 

Kebawah DYMM setelah itu menitahkan isteri Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin; Isteri Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit; isteri Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi; isteri Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham; isteri Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew; isteri Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz; isteri Yang Amat Mulia Pengiran Indera Negara Pengiran Anak Haji Puteh; dan isteri Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Wahab menjunjung anugeraha seorang demi seorang lalu berdiri di kiri kanan majlis dan seterusnya beredar untuk mengambil Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah.

 

Pengantin Diraja Perempuan berangkat penuh berseri ke Balai Singgahsana Indera Buana dengan diapit oleh isteri Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin dan isteri Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit dengan diiringi oleh isteri Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi; isteri Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham; isteri Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew; isteri Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz; isteri Yang Amat Mulia Pengiran Indera Negara Pengiran Anak Haji Puteh; dan Isteri Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Wahab serta Yang Dimuliakan Pehin Jawatan Bini Datin Paduka Dayang Hajah Siti dan diiringi oleh Yang Mulia Juru Bini Dayang Hajah Rokiah, diikuti oleh seorang Pengiran Perempuan Berbaju Gadong dan seorang Dayang-Dayang yang membawa Kaskol Langguai, tujuh orang Pahawai Perempuan yang memegang satu Puan, satu Tarian, satu Kabok dan Panastan, satu Kiap, satu Chupu, satu Pasigupan dan satu Kaskol, Dian 16 yang dibawa oleh 16 Dayang-Dayang.

 

Sebaik-baik sahaja rombongan yang dititahkan berdiri di kiri kanan majlis, YAM Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib menyembahkan ke hadapan majlis Kebawah DYMM bagi Istiadat Menjunjung Pengantin Diraja Lelaki.

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah menjunjung anugeraha untuk menjunjung dan mengapit Pengantin Diraja.

 

Sebaik-baik sahaja Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah sampai ke tempat yang ditentukan, Duli Yang Teramat Mulia bersama Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz; Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim; Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew; Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz; Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit; dan Yang  Amat Mulia Pengiran Indera Negara Pengiran Anak Haji Puteh mengangkat sembah/tunduk hormat terlebih dahulu sebelum menuju ke tempat Pengangunan Pengantin Diraja untuk menjunjung Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berangkat dari majlis diikuti rombongan yang dititahkan.

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen berangkat di hadapan pintu masuk Dewan Resepsi dengan diapit oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan diiringi oleh rombongan yang dititahkan dengan didahului oleh 40 Sinipit yang dibawa oleh Awang-Awang, diikuti dua Dian Bunga, dua orang Hulubalang, Hulubalang Diraja membawa Pemuras dan Karga, dan Hulubalang Asgar membawa Kelasak dan Kampilan, sebatang Dian Tunggal dibawa oleh Awang-Awang dan diiringi oleh dua orang Kanak-Kanak Pahawai Lelaki, iaitu seorang memegang Kiap dan seorang memegang Pasigupan dan diikuti oleh Yang Dimuliakan Pehin Penyurat Awang Maidin dan Yang Dimuliakan Pehin Penyurat Haji Awang Osman serta diikuti oleh Perhiasan Empat Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen yang dibawa oleh empat orang Pembawa Perhiasan Empat, seorang membawa Payung, seorang membawa Pedang dan Perisai, seorang membawa Tumbak Bendarangan dan seorang membawa Kaskol, diikuti oleh seorang Pengiran Perempuan Berbaju Gadong dan seorang Dayang-Dayang yang membawa Kaskol Langguai, tujuh orang Pahawai Lelaki yang memegang satu Puan, satu Tarian, satu Kabok dan Panastan, satu Kiap, satu Chupu, satu Pasigupan dan satu Kaskol, Dian 16 yang dibawa oleh 16 Awang-Awang serta Alat-Alat Kebesaran Diraja yang terdiri daripada 16 Pedang dan Perisai, 16 Tumbak Bendarangan dan 8 Kabok dan Panastan yang dibawa oleh Awang-Awang.

 

Setiba Pengantin Diraja Lelaki di hadapan pintu Dewan Resepsi, Pengantin Diraja Lelaki ditaburi dengan Bunga Rampai dan kaki Pengantin Diraja Lelaki dijirus dengan air oleh Pengiran Peranakan yang sedia menunggu di pintu luar Dewan Resepsi.

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz masuk ke Balai Singgahsana Indera Buana.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kemudiannya menapakkan tangan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ke atas kepala Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah.

 

Bacaan Selawat dipimpin oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan, dengan diiringi oleh tembakan Meriam sebanyak 17 das.

 

YAM Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib seterusnya membaca Surat Pengisytiharan dan seterusnya Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan.

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik kemudiannya menjunjung anugeraha untuk menjunjung kedua-dua Pengantin Diraja berangkat dari majlis.

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah menjunjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah DYMM dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri.

 

Pengantin Diraja juga menjunjung ziarah ke hadapan majlis Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

 

Kedua-dua Pengantin Diraja juga menjunjung ziarah kepada Datin Paduka Seri Dayang Hajah Mariam, ibunda Pengantin Diraja lelaki dan ibu bapa Pengantin Diraja perempuan, Yang Mulia Awang Adam dan Yang Mulia Dayang Siti Mariam.

 

Kedua-dua Pengantin Diraja berangkat dengan diapit oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dengan didahului oleh alat-alat perhiasan diraja.

 

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan menjunjung anugeraha untuk menyembahkan kepada YAM Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib, bahawa Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja telah sempurna dilaksanakan.

 

YAM Indera Setia Diraja Sahibul Karib menyembahkan dan menjunjung titah ke hadapan majlis Kebawah DYMM, bahawa Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja telah sempurna dilaksanakan.

 

Kebawah DYMM dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berangkat ke bilik khas, diikuti dengan kerabat diraja yang lain.

 

Turut hadir ke Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja, Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis-majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Pengiran-pengiran Peranakan, Pehin-pehin Manteri, Manteri-manteri Hulubalang dan Manteri-manteri Pedalaman, Ketua-ketua Perwakilan Negara Asing di Negara Brunei Darussalam, Setiausaha-setiausaha Tetap dan Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan juga wakil-wakil dari Syarikat Milik Kerajaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07