FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Platform Tingkat Motivasi, Bentuk Keyakinan Diri


Ihsan Persatuan Bola Jaring Kebangsaan Brunei Darussalam

 


 January 18th, 2024  |  10:35 AM  |   2842 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 17 Januari. - Kejohanan Bola Jaring Empat Negara – Hong Kong (Hong Kong Four Nations Netball Tournament) yang disertai oleh Persatuan Bola Jaring Kebangsaan Brunei Darussalam (BNA) diadakan di Kowloon Park Sports Centre, Hong Kong baru-baru ini adalah sebagai pendedahan selain motivasi untuk membentuk keyakinan diri agar lebih kuat dan bersemangat terutama sekali ketika berhadapan dengan pasukan lawan semasa dalam gelanggang.

 

Pengurus pasukan, SSjn. (B) Dayang Hajah Sabariah binti Haji Kamel Jumat menyatakan demikian semasa ditemu bual sejurus pasukan bola jaring kebangsaan selamat tiba baru-baru ini.

 

Dayang Hajah Sabariah amat bangga dengan prestasi pemain dan menjelaskan kejohanan berkenaan merupakan salah satu aspek kecergasan di samping meningkatkan kemahiran dan latihan fizikal para pemain.

 

"Pasukan kita telah mencuba sedaya upaya untuk menunjukkan prestasi yang terbaik. Pemain-pemain mempunyai daya ketahanan fizikal dan mental yang tinggi di sepanjang kejohanan diadakan.

 

"Secara keseluruhan, pasukan menduduki tangga keempat dan salah seorang pemain, Dayang Nurhafizah binti Haji Abdul Sidek dinobatkan sebagai Pemain Terbaik pada kejohanan berkenaan," katanya lagi.

 

Selain itu tambahnya, pasukan kebangsaan kita juga berjaya menewaskan pasukan Filipina dan dari segi jaringan pula menunjukkan peningkatan dengan merapatkan kurang markah pada setiap perlawanan.

 

Daripada aspek penambahbaikan pasukan terangnya lagi, juga perlu adanya sokongan daripada pihak tertentu sama ada daripada sektor kerajaan dan juga swasta serta orang ramai terutama sekali ibu bapa dan penjaga.

 

"Selain itu, memperbanyakkan anjuran kejohanan bola jaring bagi memperluaskan lagi pengalaman dan penglibatan pemain-pemain bola jaring terutama sekali pelapis-pelapis atau generasi baharu yang akan datang.

 

"Memperbanyakkan perlawanan pendedahan dan mengikuti perlawanan di luar negeri dan serantau untuk memperluaskan lagi pengalaman dan meningkatkan mutu taraf pemain-pemain kebangsaan bola jaring Negara Brunei Darussalam," ujarnya lagi.

 

Sementara itu, Dayang Nurhafizah selaku kapten pasukan seterusnya menjelaskan bahawa pasukan bola jaring kebangsaan menunjukkan peningkatan prestasi semakin bertambah baik secara keseluruhannya.

 

Tambahnya, memandangkan peluang untuk bermain dalam permainan yang lebih sukar dan berkualiti lebih-lebih lagi dengan pesaing yang hebat, ia berfungsi sebagai faktor penting untuk membangun dan penambahbaikan permainan bagi para pemain bola jaring kita.

 

"Dengan itu, permainan antarabangsa ini, sama ada persahabatan atau pertandingan, boleh menjadi pembuka mata terutamanya kepada atlet muda untuk menimba ilmu dan pengalaman serta merasakan 'permainan bola jaring sebenar'.

 

"Dan saya percaya bahawa itu akan membantu mentaliti mereka dalam banyak perkara," katanya lagi.

 

Kedudukan skuad Bola Jaring Brunei Darussalam daripada bola jaring dunia, iaitu pada tangga ke-35 daripada 44 negara.

 

Pasukan Bola Jaring Kebangsaan akan menyertai Asian Netball Championship di Arab Saudi yang akan diadakan pada September 2024 dan 6th Indoors Game AIMAG Thailand pada November 2024 nanti.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07