FacebookInstagramTwitterContact

 

ICT Workshop           >>           Express Mail Service Cooperative Customer Care Award           >>           Goodwill Visit           >>           Announce Appointment           >>           Opening Of 44th Meeting of ACDM           >>           Poetry Declamation Night           >>           National Oratory Competition           >>           Doa Selamat Ceremony           >>           International Conference of Religious Leaders           >>           Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Indonesia


  Home > Indonesia


Mesyuarat Task Force Kemas Kini Garis Pandu Proses Penglibatan AIPA


Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat

 


 January 19th, 2024  |  08:44 AM  |   262 views

JAKARTA

 

 

Majlis Mesyuarat Negara menghadiri Mesyuarat Task Force on the Enhancement of Guidelines of AIPA's Engagement with Externals and Digital Law Library Establishment yang telah diadakan pada 17 Januari hingga 18 Januari 2024 yang berlangsung di Jakarta, Republik Indonesia.

 

Mesyuarat Task Force tersebut adalah kesinambungan dari hasil utama Mesyuarat Komiti Eksekutif di Perhimpunan Agung AIPA ke-44 di Jakarta, Indonesia pada bulan Ogos 2023.

 

Majlis Mesyuarat Negara diwakili oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.

 

Mesyuarat antara lain telah mengemaskinikan garis pandu proses penglibatan AIPA bersama dengan pihak luar (The Enhancement of Guidelines of AIPA's Engagement with Externals).

 

Pengemaskinian garis pandu tersebut adalah bagi memenuhi kehendak dengan meningkatnya kerjasama pertubuhan ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) bersama parlimen di luar rantau ASEAN yang menjadi negara pemerhati AIPA termasuk kerjasama bersama pertubuhan parlimen, agensi bukan kerajaan dan agensi-agensi lainnya.

 

Mesyuarat juga telah membincangkan penyelarasan bagi penubuhan perpustakaan Digital Koleksi Undang-undang Negara-negara Ahli AIPA (Digital Law Library Establishment) yang telah dicadangkan oleh Dewan Perwakilan Rakyat Kemboja (National Assembly of the Kingdom of Cambodia) semasa Perhimpunan Agung AIPA ke43 di Phnom Penh, Kemboja pada tahun 2022.

 

Perpustakaan yang bertujuan bagi menyimpan dokumen secara sistematik tersebut diharapkan untuk dilancarkan pada pertengahan tahun 2024.

 


 

Source:
courtesy of THE JAKARTA POST

by Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30