FacebookInstagramTwitterContact

 

US Army Sergeant Arrested In Russia Accused Of Theft           >>           Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India           >>           Rains in southern Brazil kill at least 39, some 70 still missing           >>           More migrant dinghies cross Channel to England despite Rwanda threat           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           House Collapse Incident           >>           Visit to the Republic of Singapore           >>           Tahfiz Al-Quran Institute Higher Diploma Studies Enrolment           >>           Library Professionals Workshop           >>           Revolutionary AI for Property Valuation Seminar           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


Tingkat Pengetahuan Lestari Dalam Kalangan Belia, Guru


Saerah Haji Abdul Ghani

 


 January 29th, 2024  |  08:15 AM  |   2033 views

BERAKAS

 

Seramai empat pelajar dan seorang pegawai pengiring berlepas pagi tadi bagi menyertai The Southeast Asia Plus Sustainable Development Goals Youth Camp 2024 yang akan diadakan di Wilayah Nakhon Ratchasima Thailand pada 29 Januari hingga 1 Februari 2024.

 

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat berlayar ialah Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Profesional), Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Metussin bin Haji Jais.

 

Para pelajar yang mewakili Negara Brunei Darussalam adalah terdiri dari pelajar Tahun 10 dari Sekolah Menengah Berakas (SMB) iaitu Awang Danial Batrish Moksin bin Abdullah, Awang Ruza Aidil Fikri bin Muhd. Ruben, Dayang Nadhirah binti Ariffin dan Dayang Alma Lutfiah binti Haji Md. Nazri Al-Amin. Para delegasi juga disertai oleh Pegawai Pendidikan, SMB, Dayang Maralina binti Haji Awang Matnoor selaku guru pengiring.

 

Sementara itu, Dayang Maralina ketika ditemui menjelaskan bahawa program tersebut adalah mengenai Perkhemahan Asia Tenggara 2024 di mana memfokuskan kepada Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDG).

 

Menurutnya, tujuan utama perkhemahan belia itu adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan berkongsi pengalaman mengenai dengan SDG dan berharap, para pelajar akan dapat menerima pakai apa yang dipelajari nanti.

 

Bagi salah seorang pelajar, Awang Danial Batrish Moksin juga turut melahirkan harapan agar dapat memperoleh lagi pengalaman baharu yang berkaitan Sufficiency Economy Philosophy (SEP) dan SDG.

 

Semasa program itu, para peserta akan berpeluang menyertai aktiviti berkaitan SEP dan SDG serta bekerjasama dengan pelajar dari negara SEAMEO dalam menyelesaikan masalah menggunakan pemikiran reka bentuk dalam rangka kerja SEP dan SDG.

 

Antara lain, program itu juga bertujuan untuk memupuk semangat inspirasi dan seruan untuk bertindak ke arah pembangunan lestari dalam kalangan belia dan guru, dan diharapkan para pelajar akan dapat memperoleh peluang rangkaian yang berharga, serta hubungan yang berguna dan kerjasama.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07