FacebookInstagramTwitterContact

 

Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>           Rabbit denies claims that its R1 virtual assistant is a glorified Android app           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


TAP Adakan Lawatan Ke Premis Perniagaan


Tabung Amanah Pekerja

 


 February 1st, 2024  |  07:39 AM  |   1072 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Tabung Amanah Pekerja (TAP) melalui Unit Penguatkuasaan telah membuat lawatan ke premis-premis perniagaan di sekitar Kampung Kiulap, baru-baru ini.

 

Hasil daripada lawatan tersebut, pegawai-pegawai pemeriksa TAP telah memeriksa sebanyak 51 premis majikan dan didapati masih ada lagi majikan yang gagal mendaftarkan dan mencarumkan pekerjanya yang memenuhi persyaratan ke Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) iaitu seramai 14 pekerja tempatan.

 

Objektif utama lawatan ini adalah bagi memastikan setiap pekerja mempunyai simpanan persaraan untuk kesejahteraan hari persaraan mereka nanti. Dalam hal ini, setiap majikan perlu bertanggungjawab dalam mendaftarkan dan membayar caruman SPK pekerja-pekerja mereka.

 

TAP ingin memaklumkan kepada majikan bahawa proses pendaftaran dan pembayaran caruman pekerja telah dipermudahkan dengan hanya menggunakan perkhidmatan online TAP, e-Amanah. Para majikan boleh membuat log masuk ke akaun majikan masing-masing melalui laman sesawang TAP di www.tap.com.bn dan tidak perlu lagi berurusan melalui kaunter-kaunter perkhidmatan TAP seperti sebelumnya.

 

Majikan adalah diingatkan untuk menjalankan tanggungjawab mereka untuk mendaftarkan dan membayar caruman pekerja-pekerja yang layak ke SPK iaitu pekerja yang terdiri daripada rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang mencukupi syarat.Ini termasuklah pekerja sementara, pekerja berkontrak, pekerja bergaji hari, dan pekerja di dalam tempoh percubaan.

 

Di bawah Bab 35 (1), National Retirement Scheme Order, 2023 jika sabit kesalahan, majikan boleh didenda tidak kurang dari BND3,000 bagi kesalahan pertama dan tidak lebih dari BND10,000 bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

 

Bagi isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal penguatkuasaan seperti tidak didaftar dan tiada pembayaran caruman, pihak pengadu adalah dinasihatkan untuk membuat aduan dan mengongsikan maklumat di Talian Hotline Unit Penguatkuasaan TAP, +673 7302929 ataupun melalui e-mel di alamat [email protected].

 

Para pekerja juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan TAP yang berdekatan, atau menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian +673 272 2929 semasa waktu bekerja. Bagi ahli yang telah berdaftar ke perkhidmatan online TAP, e-Amanah, aduan juga boleh dibuat dengan membuat log masuk ke akaun ahli melalui laman sesawang TAP di www.tap.com.bn.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Tabung Amanah Pekerja

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47